“DAH habis dah semua ilmu memandu saya curahkan dekat awak. Sekarang awak cuma perlu tunggu hari ujian memandu aje. Insya-Allah saya yakin, awak boleh lulus.”
Baru
dengar perkataan ujian memandu, belum
lagi betul-betul sampai harinya, Rania dah rasa kecut perut. Dah
ternampak-nampak di mata dia wajah pegawai-pegawai JPJ yang serius. Itu belum
lagi bila dengar suara mereka.
“Kenapa,
Rania?” soal Razlan apabila nampak muka Rania yang semacam.
“Saya
rasa macam tak yakin aje.”
“Awak
buat saya stres.”
“Laaa...
kenapa pulak nak stres? Saya tengah bagi motivasi untuk awak ni. Supaya awak
lagi yakin dan bersemangat.”
“Saya
takut tak lulus. Awak pun tau kan saya
macam mana? Selalu aje buat silap. Selalu aje kena tegur dengan awak.”
“Memang awak selalu buat silap.
Memang awak selalu kena tegur dengan saya, tapi masa mula-mula aje. Sekarang ni
awak dah mahir sangat dah saya tengok. Dah jarang buat silap. Signal pun awak dah tak lupa. Tak boleh
dah saya nak panggil awak Rania Signal lagi.”
“Boleh tak awak jangan ungkit pasal signal tu? Benda tu sensitif tau tak?”
Konon marah, tapi boleh pula Rania ketawa. Lucu apabila teringatkan peristiwa
itu. Sampai dia pernah merajuklah tak nak belajar memandu lagi. Nasib baiklah
ayah dan along tak melayan. Kalau tidak, memang separuh jalan sajalah dia
belajar.
“Lepas ni dah tak boleh dah dengar
awak marah-marah saya lagi.”
“Mana ada saya marah awak? Awak tu
yang selalu marah saya.” Rania tak mahu kalah.
“Saya bukan marah, saya cuma
menegur, mengajar. Orang lain kalau saya tegur, diam menikus. Tapi awak
satu-satunya pelajar yang berani melawan saya tau?”
“Saya bukan melawan tapi awak tu suka
perli-perli saya. Itu sebab saya marah.”
“Hah, tengok. Siapa yang marah siapa
sekarang ni. Awak kan?”
“Awak pun marah saya jugak.”
Sudahnya Razlan diam. Tak kuasa nak
melayan. Dah mula nampak dah bunga-bunga pergaduhan di situ. Kalau tak
dibendung, memang akan jadi melarat.
“NIA, ada panggilan.” jerit Muzalifah dari kubikelnya.
“Siapa?”
Di depan mesin fotostat, Rania juga menjerit.
“Klien.”
“Kau
tolong jawab.”
“Dia
nak cakap dengan kaulah.”
Baru
Rania nak jawab balik, pintu bilik Cik Melly terbuka. Automatik kepalanya
berpusing ke situ.
“Ini
apa memekak ni? Ingat dekat zoo ke apa? Saya nak buat kerja pun tak senang.”
Cik Melly pandang Muzalifah, kemudian pandang Rania. Dah puas tenung muka
kedua-dua stafnya tu, pintu bilik ditutup semula.
“Kut
ya pun tak payahlah bagi contoh zoo. Banyak lagi tempat lain yang boleh
disebut.” Sambil mengomel, Rania lekas-lekas berlalu ke mejanya.
“Kau
la yang mulakan, Muza. Tak pasal-pasal kena sound.”
“Aku
pulak yang salah. Kau tu sepatutnya terus datang masa aku panggil tadi.”
“Yalah,
yalah. Aku yang salah.” Segera Rania capai gagang telefon dari atas mejanya.
“Assalamualaikum,
Rania bercakap. Boleh saya tau siapa di sana?”
“Waalaikumussalam.
Hai Rania, ingat saya lagi?”
Rania
tak segera jawab. Sebetulnya cuba mengecamkan si pemilik suara yang menyapa
lembut itu.
“Siapa
ya?”
“Rizman.”
Rizman
mana pulak ni? Tak ingat langsung!
“Saya
tak ingatlah. Rizman mana ni?”
“Baru
minggu lepas kita jumpa, takkan dah lupa saya. Sampai hati.”
Hisy!
Siapa pula la ni? Silap orang ke apa ni?
“Rizman
Iskandar, Green Net Solutions. Awak datang jumpa saya gantikan Hasnan.”
Oh,
Rizman anak datuk tu ke? Laaa... macam mana boleh tak ingat pulak? Kacak kut
lelaki tu, sampaikan Si Hanafi tak habis-habis memuji. Kata Hanafi, kalau dia perempuan
dah lama dia cair dengan Rizman tu. Itu pada mata Hanafilah. Pada dia, Razlan lagi
kacak. Aik! Apa pasal tiba-tiba nama Razlan muncul dekat minda ni? Aneh!
“Oh,
okey... baru saya ingat. Tapi kenapa awak telefon saya, ada masalah apa ya?”
Setahu dia, kerja-keja penghantaran komputer syarikat Rizman sudah pun selesai
sepenuhnya. Hasnan yang melaporkan dalam mesyurat semalam. Jadi tak ada sebab
kenapa Rizman harus menelefon dia. Kalau pun ada masalah lain, bukan kepada dia
perkara itu diadukan sebaliknya Hasnan, pegawai yang sepatutnya.
“Eh,
tak ada apa-apa masalah pun.”
Jadi apa tujuan Rizman menelefon
dia?
“Sebenarnya
saya nak tebus balik kesalahan saya hari tu.”
“Eh!
Awak ada buat salah ke?” Dahi berkerut, cuba mengingat. Tapi rasa macam tak
ada. Lagipun sekejap sangat mereka berurusan tempoh hari. Tak sempat pun Rizman
nak buat salah.
Rizman
gelak, lunak kedengaran suaranya. “Salah saya sebab tak makan tengah hari
dengan awak hari tu. Saya rasa saya berhutang dengan awak.”
Ringan
sahaja mulut Rania melepas tawa. Tak logik sangat kenyataan Rizman itu.
“Awak tak ada buat salah pun.
Lagipun awak dah pelawa saya hari tu, saya yang tak nak.”
“Saya
tak kira, saya tetap nak anggap saya berhutang dengan awak. Dah berhutang
kenalah bayar.”
“Awak
tak berhutang dengan saya la.”
“Bila
awak free ya?” Rizman terus kepada
tujuan utama. Buang masa saja duk bertekak pasal hutang semua tu.
“Saya
tak free. Langsung tak ada masa free.” Cepat-cepat Rania balas. Dia dah
mula rasa sesuatu. Sebenarnya sejak hari tu lagi. Dari bahasa tubuh, dari
pandangan mata Rizman, dia tahu lelaki itu suka dia. Jangan cari pasal. Dia
baru saja putus dengan Syafiq. Tak mahulah cari masalah lagi. Buat masa ini,
dia agak serik dengan lelaki.
“Hei,
menteri pun ada masa tau? Awak jangan cakap awak tu lebih sibuk dari menteri.”
Mati
kata Rania dibuatnya. Nak jawab macam mana ya? Tak salah rasanya kalau dia
terima pelawaan Rizman tu. Alah setakat makan-makan, apalah sangat? Tapi ada
jaminan ke mereka hanya keluar makan sekali itu sahaja? Pasti ke takkan ada
lagi pertemuan susulan?
“Saya
tak biasa keluar dengan lelaki yang saya tak kenal.” Jawab sajalah macam tu.
Harap-harap Rizman tidak mendesak.
“Sampai
hati awak cakap macam tu. Memang kita baru sekali jumpa. tapi tetap saya kenal
awak... awak kenal saya, betul kan?”
Alahai!
Ayat dia tu, kenapa macam sengaja nak buat aku rasa bersalah ni?
“Ada
yang marah ke kalau awak keluar makan dengan saya?”
Alah,
soalan perangkap. Buat-buatlah tanya macam tu, tapi sebenarnya nak tau sama ada
dia dah ada kekasih hati atau belum. Tahu sangat dah taktik lelaki.
“Ada.”
“Siapa?”
Suara Rizman dah kedengaran lain macam.
“Ayah
saya.”
Berdekah-dekah
Rizman ketawa. Suspens betul!
“Jadi,
tak ada masalah, kan?”
Diam
lagi.
“Saya cuma nak ajak awak makan, Rania.
Itu aje.”
Saya tak nak termakan budi, nanti
tergadai body. Boleh tak nak jawab
macam tu? Macam yang pernah dia cakap dekat Razlan dulu. Adoi, Razlan lagi! Asyik
Razlan, Razlan, Razlan yang melintas dalam kepala. Lelaki tu dah mandrem dia ke apa ni?
“Diam tu tanda setuju. Boleh tak
kalau saya pun nak anggap macam tu? Awak bersetuju terima pelawaan saya.”
“Rizman, tunggu dulu. Saya belum
habis fikir lagi.” Sebenarnya dah fikir habis dah. Dia memang tak nak keluar
dengan Rizman. Mereka baru jumpa sekali kut. Dia bukannya tahu lelaki itu macam
mana. Memanglah luaran nampak Rizman tu macam baik. Dalaman, mana nak tahu,
kan?
“Tak payah fikir. Tengah hari ini
saya tunggu depan pejabat awak.” Lepas cakap macam tu, suara Rizman terus
hilang dari talian.
“Hisy, dia ni saja nak bagi aku
masalah,” marah Rania. Gagang diletak semula di tempatnya. Kemudian bergerak
laju ke meja Muna.
“Muna, kau kena tolong aku.”
“Kau tak nampak ke aku tengah sibuk
ni? Jangan kacau akulah.”
“Sombongnya kau.” Besar mata Rania
pandang Muna.
“Janganlah ambik hati, beb. Tapi betul, aku
memang tengah sibuk sekarang ni. Sekejap lagi aku nak kena keluar, jumpa
klien.”
“Maknanya tengah hari ni kau tak ada
dekat ofis?”
“Tak ada. Petang baru aku masuk balik.”
“Macam mana ni, Muna? Siapa nak
temankan aku?”
“Temankan pergi mana?”
“Rizman ajak aku keluar makan tengah
hari ni.”
“Rizman Iskandar, anak datuk yang
kau pergi ofis dia hari tu? Yang handsome
kacak bergaya tu?”
Amboi! Muna, kuat betul ingatan dia.
Sebut Rizman saja, semua dia ingat.
“Handsome
kacak bergaya Hanafi yang cakap, eh? Bukan aku.”
Lagi
sekali Muna ketawa. Tak perlu kut nak nafi macam tu.
“Kau
temankan aku, tau? Aku tak nak keluar berdua-duaan dengan dia. Tak selesalah.”
“Aku
dah cakap aku tak ada tengah hari ni. Eh, kau pergi ajelah dengan dia.”
“Tak nak.”
“Kalau gitu kau ajak Napi. Rizman
pun kenal Napi, kan?”
Melebar senyuman Rania. Yalah,
Hanafi. Kenapa dia tak terfikir tadi? Tinggalkan kubikel Muna, dia ke kubikel
Hanafi pula.
“Napi, Rizman ajak kita keluar makan
tengah hari ni.”
Tengok, pandai tak dia manipulasi
keadaan? Harap-harap Hanafi bersetujulah.
“Salam tak, apa tak... tiba-tiba aje
kau ni,” rungut Hanafi.
“Okey... assalamualaikum, Napi.” Rania
sengih. Tu la, gelojoh lagi! Kan dah kena tegur dengan Hanafi.
Hanafi menjawab perlahan. Tak
pandang Rania pun. Mata dan tangannya sibuk dengan komputer di atas meja.
“Kita keluar makan dengan Rizman
nanti, eh?”
Bibir Rania memuncung. Alah, Hanafi dengar ke? Tajam
betul telinga mamat ni. Padahal kubikel Hanafi jauh di hujung sana.
“Tapi tak salah kan kau temankan
aku? Aku seganlah nak keluar berdua dengan dia aje.”
“Tak naklah. Aku dah janji nak
keluar makan dengan tunang aku. Nanti merajuk pulak dia.”
“Kau tak boleh ikut aku la ni?”
“Tak boleh. Alah, kau pergi ajelah.
Makan aje, kan? Bukannya buat apa pun.”
Rania tak balas. Dia hanya pandang
muka Hanafi dengan hati yang tidak seronok.
“Tapi kan Nia... kau rasa tak apa yang aku
rasa?”
“Apa dia?”
“Aku rasa Rizman dah jatuh hati
dengan kau la.” Dari skrin komputer, mata Hanafi beralih ke muka Rania pula.
“Memandai aje kau.” Samalah seperti
yang dia rasa, tapi takkan nak mengiakan pula kenyataan Hanafi tu, kan?
“Aku taulah... aku kan lelaki.”
“Dahlah malas layan kau.”
“Kalau aku jadi kau, aku layan aje Rizman
tu. Daripada Syafiq tu, lebih baik Rizman.
Anak datuk, handsome kacak bergaya
pulak tu. Tak rugi kalau kau dengan dia.”
Hanafi ni tak habis-habis dengan handsome kacak bergaya tu. Macamlah dia
hadap sangat dan macamlah benda tu boleh menjamin kebahagiaan hidup hingga ke
hujung nyawa.
Tapi ayat Hanafi sebelum itu, buat
dia terfikirkan sesuatu. Syafiq! Tak salah kalau dia terima pelawaan Rizman
sekiranya itu dapat menghentikan Syafiq dari terus mengganggunya. Ya, kenapa tidak!!!
4 comments:
http://www.arenagaming88.com/
https://www.918kissgaming.net/
https://www.joker138.vip/
https://www.sbobett168.com/
https://www.sbobetwa.com/
Bermain judi di kasino http://www.vivo-slot.org/ merupakan salah satu hobi yang paling banyak peminatnya, karena https://www.sbobetgaming.com/ bisa memacu adrenalin. Misi utama kita dalam bermain di kasino adalah mendapatkan keuntungan yang berlipat, cepat dan dengan modal yang kecil. Bahkan ada beberapa kasino yang berani memberikan jackpot besar http://www.slot-pussy888.org/ kepada para pemainnya sehingga memunculkan rasa bersaing untuk mendapatkan jackpot.
Dengan hadiah permainan yang begitu besar, tentunya https://www.loginsbobett.com/ menjadi harapan yang besar bagi para https://www.joker123gamings.com/ pemain di kasino terutama para pemain slot. Berikut ini Admin akan berikan beberapa pemenang mesin jackpot slot yang menghasilkan jackpot ratusan bahkan jutaan dollar yang pernah dimenangkan oleh para pemain slot.
Kunjungi Blog kami untuk bertukar informasi:
Tangkasnet
Live Casino Online
Joker123
Tangkasnet
Dadu Online
Post a Comment