Saturday, March 26, 2011

Kalaulah anda di tempat saya....

Kalaulah anda di tempat saya, apa agaknya reaksi anda bila berhadapan situasi macam ni?

Minggu lepas saya ke sebuah pusat rawatan. Setelah selesai giliran saya dan semasa nak keluar dari situ, saya pun menegur dan bersalamanlah dengan beberapa orang wanita yang masih menunggu giliran. Sajalah nak beramah tamah kononnya.

"Balik dulu ya?" kata saya kepada seorang wanita yang saya rasa lebih berusia daripada saya. Dia orang yang paling akhir saya tegur. "Lama lagi ke ni?" tanya saya lagi.

"Entahlah... datin pun tak tau bila lagi giliran datin ni," jawab wanita itu dengan suara yang agak serius. Muka pun serius. Marah ke? Entahlah... saya pun tak pasti.

Terdiam saya sekejap. Tak tau nak kata apa lagi... saya terus keluar dari situ.

Kata sorang kawan apabila saya ceritakan hal ini, sepatutnya saya jawab macam ni....
"Tak apalah kalau macam tu... puan sri balik dulu ya?"
Hehehehe....