Tuesday, December 22, 2009

Tak faham...

Baru-baru ini saya menghadiri satu kursus. Tajuknya menarik dan cara penyampaian penceramahnya juga sangat menarik. Sepanjang kursus yang berlangsung satu hari itu, saya tidak rasa mengantuk langsung walaupun malam sebelumnya saya hanya tidur beberapa jam saja. Ceramah yang diselangselikan dengan lawak spontan dan kisah-kisah benar itu, memberikan banyak pengetahuan baru kepada saya. Selama ini apa yang kita tahu sikit-sikit dan jadi semakin jelas. Teman-teman lain yang ikut serta juga mengakuinya.

Tapi yang saya tidak faham, sikap segelintir peserta kursus. Penceramah bercakap di hadapan, yang dia orang pulak tak henti-henti bercakap sesama mereka. Saya rasa bukan kami saja yang perasan, penceramah sendiri perasan. Sampaikan beberapa kali dia memberi peringatan agar semua peserta memberi perhatian. Tapi sekejap saja berhenti, selepas itu dia orang sambung balik berbual. Saya yang tak ada kena mengena ni pulak yang naik malu dengan penceramah itu.

Pada saya orang-orang seperti ini adalah orang yang tidak tahu menghormati, menghargai dan menjaga perasaan orang lain.

5 comments:

ezannurhafiz said...

betul tu kak mie..
memang kita yang jadi malu..kawan2 ezan pun ramai yang suke menyembang masa ade ceramah..geram pun ade..pas ceramah,ezan sindir2 kan je..biar terasa..baik tidur la dari kacau orang..

MIMIE AFINIE said...

Memang pelik dengan orang2 macam ni kan, ezan? Tapi tak tau la kut2 masing2 dah penuh ilmu di dada. Mungkin apa yang penceramah tu sampaikan dia orang dah tau...

ezannurhafiz said...

rasanye,,orang2 camni la manusia yang paling cetek ilmu kak mie..hehe..
ezan ada satu cara nak tegur mereka2 ni..tulis surat and pass2 kat orang sampailah sampai ke tangan mereka ni..ok gak tu..manalah tahu cara kita ni akakn sedarkan mereka,kan kak??

MIMIE AFINIE said...

ezan,
bagus gak la idea tu. Cubalah ... kut2 berkesan heheh...

ezannurhafiz said...

tu la..mana tahu berkesan kan..insyaALLAH..lepas ni nak cube..