Friday, January 1, 2010

Alah... sekolah nak buka dah...



Antara permainan yang Aisyah suka sesangat...

Cepatnya masa berjalan. Tup-tup dah setahun berlalu dan kita pun dah berada dalam 2010. Rasa macam baru aje lagi Aisyah ambik UPSR, tiba-tiba dah nak masuk sekolah balik. Semalam Aisyah bersungut, alah... sekolah dah nak bukak dah. Rasa sekejap sangat cuti sekolah... tak puas duduk kat rumah. Ya ke tak puas kat rumah... bukan tak puas-puas main game?

Masa cuti sekolah ni, itulah kerja dia... game... game... game. 24 jam dia asyik dgn X-Box dia tu. Yang abang-abang pulak dok melayan beli macam-macam CD games untuk dia. Tapi semuanya kategori game seram, tembak2 dan perang-perang. Bila masuk bab game ni memang kamceng habislah dia dengan abang yang dua orang tu.

Minggu depan Aisyah akan mula belajar kat sekolah menengah. Mula-mula dulu, bersemangat jugaklah dia nak masuk sekolah asrama. Konon nak cari kawan-kawan baru. Kalau bersekolah dekat dengan rumah ni, kawan-kawan dia asyik-asyik yang itu jugak. Tapi bila teringat tak boleh main game, tak boleh nak mengadap tv... dia terus ubah fikiran. Kata dia, kalau diterima masuk ke asrama, dia tak nak pergi sebab dia tau dia tak boleh nak bersuka ria macam kat rumah lagi. Hai! macam-macamlah budak ni...

Apa-apa pun, mulai esok, 02/01/2010 (Hari Orientasi di sekolahnya untuk semua pelajar Tingkatan I) Aisyah akan melangkah ke sekolah menengah pula. Mudah-mudahan dengan suasana dan persekitaran baru, dia akan jadi lebih bersemangat dan lebih rajin ke sekolah. Mudah-mudahan...

4 comments:

Leeza said...

salam tahun baru. selamat kembali ke sekolah untuk aisyah. Bagi tahu dia, bersekolah tak semestinya tak boleh bermain game. cuma masa kena kurangkan demi masa depan. Bila sekolah dah buka kena tumpukan perhatian pada aisyah takut dia tak boleh ikut perubahan budaya sekolah menengah.

MIMIE AFINIE said...

Salam leeza,
Terima kasih atas nasihat tu. Memang kena pantau betul-betul. Bila dah mula sekolah nanti, main game tu pun nak kena kurangkan... tak boleh dah macam sekarang.

Jhony said...

Thank You for sharing information

http://www.websitedevelopersindia.net/website-design-india/custom-website-design-services.html

EMEL SAYA : said...

Jhony... thank you for visiting my blog...