Monday, May 21, 2007

Assalamualaikum,
Setelah sekian lama menanti, akhirnya terhasil lah blog yang tidak sepertinya ini. Terima kasih buat anak sulung saya, Ameer kerana bersusah payah membina blog ini (Susah ke?... Nampak macam tak susah pun.. he.. he..) Itupun setelah beberapa kali berjanji dan beberapa kali pula memungkirinya. Gurau aje, Meer...
InsyaAllah... walaupun agak sibuk dengan pelbagai tugasan, saya akan cuba untuk sentiasa mengemaskini blog ini. InsyaAllah...

2 comments:

dS said...

Kak Mimie!!! Mula-mula DS nak jawab salam.. w'salam wr wb!

Amboi-amboi.. senyap-senyap dah ada blog! Dah lama DS tunggu kemunculan blog Kak Mimie ni.. hemm.. untungnya ada pembantu peribadi yang nampaknya pakar IT juga.. (Ameer lah tu!)

Kak Mimie, entah bila kita dapat bertemu lagi? Rindu sungguh! Tahniah untuk karya terbaru.. KAJ yg ternyata begitu menyengat! Teman-teman DS juga memuji KAJ tau! Semoga Kak Mimie akan terus berkarya dan maju jaya dalam segala bidang!

Salam sayang drp DS..

MIMIE AFINIE said...

Terima kasih dewi sbb sudi jenguk blog akak yg serba kekurangan ni. Disebabkan kekurangan itulah, akak diamkan je sampailah akak tiba2 jadi rajin sehari dua ni.

Bila ya dapat jumpa lagi? Kat pesta hari tu macam tak sempat sangat nak bersembang, kan? Insyaallah kalau akak ke JB bolehlah cari Dewi, ya?

Menyengat ke KAJ tu? Kalau betul alhamdulillah sebb novel itulah yg akak paling takut sekali. Sebab cerita dia macam santai sangat. Takut orang tak boleh terima. Tapi dari maklumbalas setakat ni... alhamdulillah...

Moga Dewi juga akan terus berkarya..