Tuesday, August 19, 2008

Cuti

Dah berapa kali saya mohon cuti tapi asyik batal je. Tapi kali ni, dah tak boleh batal lagi dah. Kalau nak fikirkan kerja, memanglah tak pernah habis. Sebelum ni pun sebab fikirkan kerjalah, saya asyik batalkan cuti. Jadi, mulai esok hingga Jumaat ni saya dah nekad, takkan ada pembatalan lagi. Biarlah banyak mana sekalipun kerja yang menunggu saya nanti , saya tetap nak bercuti jugak. Saya nak berehat puas-puas. Sebenarnya nak rehatkan minda yang sangat tertekan semenjak dua menjak ni.
Sebenarnya saya tak kisahpun dengan kerja yang banyak. Bukan tak biasa pun kan? Tapi bila kerja banyak, ditambah pula dengan elemen lain, itu yang mendatangkan tekanan. Kerja yang seronok pun jadi tak seronok. Tapi saya macam biasalah, tertekan macam mana sekalipun, bila berada dengan dua kerat manusia yang sengal kat ofis tu (ini Eita yang kata, ek), boleh lagi buat lawak antarabangsa. Lepas tu boleh pula gelak-gelak...
Mudah-mudahan lepas balik dari bercuti nanti, hati saya akan lebih tenang dan fikiran tidak lagi kusut. Sememangnya saya sayangkan kerja saya dan saya sayang tempat kerja saya.

6 comments:

Eita said...

hehehehe mmg la bebudak sengal kak induk gan kakak lia opsss salah dik lia..

kak wan kem salam kat abg pong ek... walaupun rupanya ku kenal tp tdk pernah berjumpa hahahahaha...

penyakit sengal dah meresap ni..

wah kak wan coti ek!

MIMIE AFINIE said...

eita, tau tak pa... tp sengal2 pun, depa la org kuat lebry. Tak de depa payah ah...

Wah nak kem salam kat pong a.k.a aaron aziz tu ke? bisa diatur...

Eita said...

hahahah btul2 baru ingat muka dia mcm aron aziz huhuhu..

Luckylia™ said...

amboih2!! dalam kuarga sengal lebry tu, aunty la ketua sengalnye, induk assistant, kite ni ahli biase2 jek.. heheee.. ahli biasa2 yg sorang ni plak dah flat la aunty... tak perkasa dah... amboi kak ita.. kem salam ngan abg pong aje? kat peng tanak ke?

Bie'z said...

wah kaum kerabat akak je kat sini nampaknya huhhhuuh

MIMIE AFINIE said...

tulah... kaum kerabat... sepupu sepapat... hehehe...