Sunday, September 7, 2008

Peliknya... tapi benar...

Diam tak diam dah tujuh hari kita menjalani ibadah puasa. Sekejapnya masa berjalan, kan? Macam tahun-tahun lepas, banyaklah Bazar Ramadhan yang tumbuh di merata tempat. Tapi tahun ni saya lebih selesa masak sendiri. Masak pun yang ringkas-ringkas aje. Maklumlah dah tinggal tiga orang aje kat rumah. Saya dan Aisyah memang jenis tak kuat makan. Yang sorang tu pulak (faham-faham ajelah sapa...) macam dah terikut-ikut kami berdua, makan ala kadar aje. Nak turunkan berat badan katanya... hehehe... boleh ke tu?

Semalam, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, terpaksalah juga saya ke bazar berhampiran rumah untuk membeli lauk pauk. Jalan punya jalan, satu pun saya tak berkenan. Suami dah semacam aje mukanya. Tak puas hati lah tu dengan kecerewetan isterinya. Habis nak buat macam mana... dah tak berkenan. Akhirnya sampailah saya ke satu gerai. Lauk pauknya memang nampak menyelerakan. Saya pun buat keputusan untuk beli di situ aje. Suami setuju aje...

Baru aje nak pilih lauk, tiba-tiba saya terpandang si penjualnya. Alamak! dia ni ke?
"Pilihlah apa-apa yang patut... saya tunggu kat kereta..." kata saya. Suami yang memang faham, mengiyakan aje. Saya pun tak tunggu lagi, terus pergi dari situ. Sebenarnya bukanlah apa sangat, tapi adalah satu peristiwa yang menyebabkan saya bertekad untuk tidak pergi lagi ke gerainya.


Cerita ni dah agak lama juga. Lebih kurang dua tahun lepas. Peniaga perempuan ini berniaga nasi lemak dan kuih muih. Gerainya terletak betul-betul di hadapan sebuah sekolah. Tidak dinafikan nasi lemak dan kuih muihnya memang sedap. Sebab itulah saya sanggup pergi ke situ, walaupun ada lagi kedai nasi lemak lain berhampiran rumah saya.

Pada satu pagi, dalam perjalanan ke tempat kerja, saya pun singgah sebentar di gerainya untuk membeli kuih-muih. Kebetulan ada jamuan kat ofis hari tu, jadi saya bercadang untuk beli lebih sikitlah. Seperti biasa, saya pun mengambil plastik dan mula mengisi dengan karipap. Kalau tak silap, saya masukkan dalam 12 biji. Kemudian saya ambil pulak donut 12 biji. Baru aje saya nak masukkan kuih talam, tiba-tiba penjual tadi bersuara.

"Banyaknya ambik..." katanya.
"Saya nak beli..." jawab saya.
"Taulah nak beli... tapi takkan banyak sangat..."
"Yalah, banyak... tapi memang saya nak beli..." kata saya lagi. Masa ni saya tak berapa faham kenapa dia berkata begitu.
"Habis kalau beli banyak sangat... orang lain nak beli apa?" soalnya dan suaranya masa ini dah lain macam. Ada dua tiga orang lain masa tu dan semua pandang saya. Macamlah saya dah buat kesalahan yang besar pulak.
"Eh! ada lagi, apa? Saya bukan ambik semua," kata saya.
"Memanglah ada... tapi dah tinggal sikit. Awak ingat awak sorang aje yang nak beli?"
Masa tu saya rasa pelik sangat. Belum pernah saya jumpa peniaga yang marah-marah apabila pembeli membeli dengan kadar yang banyak. Yang selalu saya jumpa, peniaga yang nak cepat habiskan jualannya. Kalau saya berniaga pun saya nak barang jualan saya cepat habis.
"Eh! saya nak belilah... saya bayar."
"Tak faham ke apa yang saya cakap?"
Masa ni, hanya Tuhan yang tahu perasaan saya. Malu, geram dan macam-macam lagi.
"Seumur hidup saya... belum pernah saya jumpa orang berniaga macam akak ni tau? Peliknya..." Saya tak tunggu lagi, terus pergi. Kuih yang dah diisi dalam plastik saya tinggalkan aje tergolek kat situ. Juallah kat orang lain...

Itulah kali terakhir saya menjejakkan kaki ke gerainya. Tapi dek kerana nasi lemak dan karipapnya yang sedap, ada juga sesekali saya minta suami atau anak-anak tolong belikan. Yalah saya cuma tak nak pergi ke gerainya aje
... makan, no hal...

5 comments:

Luckylia™ said...

hahahaa!! kite tau cite ni.. dan kite dah rase karipap ngan nasik lemaknye.. kepada abah suhaimi, semoga berjaya menurunkan kilogram.. chayok2!!

MIMIE AFINIE said...

best kan nasi lemak tu? karipap pun best gak. Kg abah turun bulan posa je kot. Pastu tu naik balik. hehehe

Unknown said...

kak mimie, mmg pelik...

masa sy zaman skool dulu ada gaklah kes sy x suka g 1 kedai jam kat psr malam ni. sebab owner dia kerek. kalo duk tgk jam2 sekali pdg owner dia makhluk tu... sy letak & blah. tp kalau dia x ada, sy beli... walaupun itu kedai dia, sebabnya sy x tahu itu dia punya brg jualan. gerai kt psr malm kan nmpk serupa aje... hehehe...

MIMIE AFINIE said...

Bikash pun ada gak la pengalaman mcm akak ni, ya? Tapi memang pelik... Apasal lah nak menyombong tak tentu pasal dgn customer. Dorang mesti sedar, tanpa customer siapalah dorang... Betul tak?

Bie'z said...

mcm2 hal manusia ni kan?ada gak mcm tu?pelik binti ajaib makcik tu?huhuu
takpelah kak, jadikan pengalaman dan ada hikmahnya tu, masukkan dlm nvl akak nanti kisah mkcik senget tu?
huhuhuhu