Tuesday, December 2, 2008

Akhirnya...

Usah kata orang lain, diri sendiri pun dah naik senak biji mata nengokkan blog yang tak berupdate ni. Orang dah nak sambut hari raya haji, dia dok ucap selamat hari raya aidil fitri jugak. Habis camno... sibuk bebeno akhir-akhir ni. Pagi-pagi dah keluar rumah... malam dah tak nampak matahari, baru sampai ke rumah semula. Bila dah kat rumah tu faham-faham ajelah. semua nak kena buat... sampaikan tak terbuat. Jadi hasilnya inilah dia... blog yang tidak berupdate.

Itu ajelah yang mampu saya coretkan kali ni. Jadi sebelum mengundur diri, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua yang sudi menjenguk rumah saya ni... Oh! ya lagi satu, jangan lupa dapatkan "Hai Kitti..." novel awal remaja terbaru dari saya.

4 comments:

alias derais said...

okeh, awak dimaafkan kerana tidak updatekan blog awak. lain kali jangan buat lagi tau. nakal!

byes

MIMIE AFINIE said...

Nasib baik Alias maafkan. Janji tak buat buat lagi... hehe

Mersik said...

Salamz K Mimie. Wahh.. seronok nyer. Tahniah daun keladi dgn kelahiran Hai Kitti. Semoga sambutannya hangat bangat serta laku keras. yihaa..

MIMIE AFINIE said...

Salam Mersik,
Wah fist time dengar tahniah daun keladi ni.Sama2lah mersik. Mintak2 masinlah mulut mersik ya...