Saturday, November 21, 2009

Kenapa dia macam tu?

Saya cukup tak faham dengan perangai sesetengah orang yang sekejap mesra... sekejap tak mesra ni. Jumpa hari ini, dia amat ramah dan mesra dengan kita. Seolah-olah dia dah kenal kita berpuluh tahun Tetapi bila dia jumpa kita pada hari lain, dia buat macam tak kenal kita langsung. Puaslah kita senyum tapi jangan harap dia nak balas.

Ada beberapa orang yang saya kenal yang termasuk dalam kategori ini. Salah seorang daripadanya adalah isteri kawan baik suami saya. Pernah beberapa kali dia mengikut suaminya datang ke rumah. Dia juga agak peramah orangnya. Saya, kalau jumpa orang peramah, saya pun sama naiklah. Nak-nak pula dapat yang satu kepala.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu saya terjumpa dia kat dalam satu kedai buku. Saya pun senyumlah kat dia. Tapi bukan dia nak balas, sebaliknya dia jeling pulak kat saya. Masa tu saya dah menggelabah, ingatkan tersilap orang. Tapi memang dia. Takkanlah saya tak kenal orang yang selalu saya jumpa. Masa tu saya memang rasa malu. Sedih pun ada jugak. Tak sangka dia boleh buat macam tu. Padahal saya rasa tak pernah buat salah kat dia pun. Yang hairannya, suami dia yang juga ada kat situ bukan main ramah lagi menegur saya.

Paling saya tak boleh lupa, masa dia mengikut suaminya berhari raya di rumah saya. Yang suaminya bukan main lagi bersembang dengan saya dan suami. Yang si isteri ni boleh pulak buat muka seposen aje. Sepuluh patah saya bercakap, sepatah aje dia jawab. Pandang muka kita pun tak nak. Yang saya pelik, kalau tak suka, kenapa datang? Tak ada siapa paksa pun. Tapi tak taulah pula kalau-kalau suami dia yang paksa. Selepas itu ada dua tiga kali saya terjumpa dia. Tapi saya tak berani nak tegur. Nanti kalau dia tak jawab, saya jugak yang berkecil hati.

Baru-baru ini, semasa menunggu Aisyah kat depan sekolah, saya terpandang dia yang juga sedang menunggu anaknya. Seperti biasa saya buat macam tak kenal dia. Tapi yang saya terkejut, tiba-tiba dia menyapa saya dengan ramahnya. "Hai! lama tak jumpa? Ceria betul warna baju... patutlah cuaca hari ni terang benderang aje." Saya pun apa lagi... orang dah menegur. takkan tak nak layan pulak.

Sekarang saya dah pandai. Saya biar dia yang mulakan dulu
. Kalau dia menegur, saya akan jawab. Kalau tidak, tidaklah. Tapi sampai sekarang saya tidak faham, kenapa dia macam tu? Dan kenapa ada orang yang macam tu?

14 comments:

Vee said...

Vee ada pengalaman lebih kurang time zaman kampus dulu2.. Kat hostel memang geng time tengok tv kat bilik riadah... Jumpa kat dewan kuliah, dia buat dek je...kecik ati jugak mula2 tu... rupa-rupanya, dia tak cam vee sebab time kuliah vee pakai tudung..heheh.. kat hostel boleh la free hair sebab semua pun pompuan.

MIMIE AFINIE said...

Kes mcm vee tu masih boleh dimaafkan. Kawan vee tak tegur sbb tak cam.Ni akak... tak de pula tak pakai tudung. Pakai aje manjang... heheh...

Leeza said...

Memang susah nak faham hati manusia. Dulu saya fobia dengan pertemuan sebab selepas pertemuan pertama biasanya yang kedua akan jadi kurang...namun saya sedar manusia ni pelbagai karenah dan tidak konsisten.

Sarnia Yahya said...

Kalu sy pulak, mmg tak akan tegur org cam ni. Kita tegur dia buat tak layan, pas tu bila tersepit tak ada kwn baru le cari kita. Hangin tul org cam ni...

MIMIE AFINIE said...

Tu la leeza... orang2 mcm ni memang boleh buat kita jadi fobia. Ttg pertemuan tu... ada kalanya pertemuan kedua dan seterusnya akan jadi semakin mesra. Terpulang pada diri masing2...

MIMIE AFINIE said...

Betul kata sarnia. Akak pun tengok orang gak kalau nak tegur. Agak2 yang spesies tak berapa nak mesra alam tu... akak buar derk ajelah...

ezannurhafiz said...

betul tu kak..org camtu mmg betul2 wujud..kawan2 ezan pn ramai yang camtu..jenis ade angin org kelate kate..mmg ezan buat cam kak mie buat..tunggu die tegur dulu..

HaLiMaTuN SaAdIaH said...

memang saya pon ada kawan macam nih..siap jadi housemate lagi masa study dulu..pening kepala bila dia ikut angin dia jer..nak cakap,dia cakap terlebih ramah,kalo kita ckp dgn dia,dia pandang jeling tak hingat..sakit jiwa sampai macam errr aku ada bt salah ke???
last2 amik keputusan,bila dia ckp,kt ckp,kalo tak diam jer lah..hehmmm..

yuyu said...

salam akak. saya pun pnah jmpe kes cmni. my own best fren, dulu. say faham mcmn perasaannya bila org yg kita knl buat camtu. geram sgt2. ade time dia mesra sgt, ade time die dingin tak tentu psl. pelik tapi benar. saya dan kawan2 pun tertnya2 benda yg sama..
KENAPA ADA ORG MCMNI?

zara aluwi said...

Mimie,

Kalau Mimie senyum kat akak tapi akak tak balas bermakna akan tak nampak Mimie. Maafkan akak sbb mata kelabu.

Tapi memang ada orang sebegini. Mungkin semasa kita menyapa, dia ada masalah. Jadi dia malas hendak bertegur sapa. Tanpa menyedari dia hanya mementingkan diri sendiri dan tidak memperdulikan perasaan orang lain.

MIMIE AFINIE said...

Salam ezan...

Ingatkan akak sorang je ada pengalaman camtu, rupa2nya ezan pun sama ya? X pe lah ezan, biar org buat kita... jgn kita pulak jd mcm dorang...

MIMIE AFINIE said...

Salam halimatun saadiah,
Mmg serba salah kalau kita jumpa jenid org mcm ni. Tak tau nak buat mcm mana kan? Kang kita tegur dia tak jawab... tsk tegur, kita pulak dituduh sombong.

MIMIE AFINIE said...

salam yuyohakusso,
Nampaknya ramai yang ada pengalaman mcm ni. Akak ingat akak sorang. Cuma akak harap sangat2, janganlah akak pulak bersikap mcm tu. Minta dijauhkan...

MIMIE AFINIE said...

Salam kak zara,
Lain kali taulah saya. Kalau akak tak senyum... maknanya akak tak nampak la ya? Tapi kalau orang tegur... mesti akak jawab kan?