ARYANA, gadis kacukan Melayu Cina. Sejak hatinya diserah pada ‘si dia’, dia sudah tidak punya hati lagi untuk lelaki lain. Hanya ‘si dia’ yang mampu beri apa yang dia cari selama ini. Benarkah begitu?
ZAHIM, lelaki yang terbuka dan berterus terang. Belum apa-apa sudah berani meminta macam-macam. Nampak seperti bukan jenis yang penyabar. Pilihan abah dan Kak Bed, tetapi adakah pilihan dia juga?
BENJAMIN. Kawan baik Zahim ini betul-betul menambah masalah. Jenis kawan makan kawan pun ya juga. Punyalah ramai gadis berketurunan Cina yang cantik-cantik belaka, kenapa harus dia?
HATTA, sahabat sejak kecil. Baik hati, mengambil berat dan penyayang. Malah dia turut disayangi ibu bapa lelaki itu. Kalaulah kasih sayang seorang ibu yang dicari, Hattalah pilihan yang paling tepat. Betulkah?
SEMUANYA tidak semudah yang disangka. Sangat sukar rupanya untuk menggapai bahagia. Ada sahaja halangan, ada sahaja rintangan. Yang pasti, dia tidak akan mudah mengalah. Dia tidak akan cepat melatah. Dia percaya, dia pasti ketemu apa yang dicari selama ini.
YANG KU CARI, bukan sekadar cerita cinta biasa, tapi lebih daripada itu. Bacalah dan hayatilah.
15 comments:
Wah, Kak Mimie nak keluar novel baru! Ada kat KLIBF tak? =)
salam kak mie...waa..rindunye buah tangan kak mie...ade kat PBAKL tak nti ni???ezan insyaALLAH pegi berdua ng ecah on 23rd Apr...nti jumpa d sana ye...
Tahnniah Aunt. Mimie ada novel baru .. Akhirnya keluar jugak novel aunt mimie.. nanti ada tak jual masa pesta buku?
emi... insyaallah akan ada kat KLIBF nanti...
salam ezan... insyaallah ada kat pesta buku nanti. Harap2 tahun ni dapat jumpa ezan dan ecah lg...
Riadea...
Mekasih ya... Insyallah novel ni akan mula dijual di Pesta Buku nanti
kak mimie....nnt ble kuar kt mph?
Kak Mimie..saya dah baca novel akak ni.seronok sgt..tahniah dan teruskan lg usaha akak~
reen,
sorry baru jawab. Akak x sure dah ada ke belum kat MPH...
Aishah...
Terima kasih atas sokongan. Mekasih juga utk komen... :)
novel nie best... ermmm.. x sedih sgt.. tp byk tanda tanyer... byk kejutan.. saya suke novel cam nie... kelakar pun ade... romantik!!!!!! suke suke suke.... pada zahim...
puteri... mekasih banyak2...
InsyaAllah akan cuba buat yg lebih baik lepas ni...
terbaikkk lah...
Terima kasih Honeyza :)
Post a Comment