Thursday, March 29, 2012

sabarlah...


Sembilan tahun mereka bercinta. Malah dah merancang untuk ke arah yang lebih serius. Dia pula jenis yang sangat mengambil berat. Kalau orang tu nak ke mana-mana, dia yang hantarkan... dialah yang temankan. Setiap hari orang tu balik dari kerja, dialah yang menjemput. Pantang dengar orang tu susah sikit ataupun sakit, cepat saja dia menolong. Orang tu punya pasal, dia tak berkira langsung. Tak pernah merungut sedikit pun. Selama bertahun-tahun itulah yang dia lakukan. Yang bagusnya dia bukan ambil berat pasal orang tu saja, malah keluarganya sekali. Dari situ nampak, dia memang ikhlas. Dia bukan nakkan orang tu aje... malah dia boleh terima keluarga orang tu juga. Dan dia beruntung kerana pilihannya mendapat restu keluarga. Orang itu diterima baik dalam keluarganya.

Tapi betullah kata orang... panas tak semestinya sampai ke petang. Ada kalanya hujan kan turun di tengah hari. Masa jumpa beberapa hari sebelum tu semuanya elok-elok aje. Mereka tak gaduh... tak bermasam muka. Tetapi bila jumpa balik lepas tu, tiba-tiba orang tu berubah secara mendadak. Orang tu seolah-olah tak kenal dia... dah lupa janji-janji yang pernah mereka buat bersama. Orang tu juga cakap tak pernah punya apa-apa perasaan pun pada dia. Yang lebih menghairankan, orang tu dah tak nak jumpa dia lagi. Pelik dengan perubahan itu, dia berjumpa mak orang tu. Cuba minta penjelasan. Tapi hasilnya sama saja. Mak orang tu minta dia lupakan anaknya dan jangan ganggu anaknya lagi. Aneh, kan?

Kerana hal itu, dia jadi bingung. Dia sangat tidak faham. Kepada ibu bapanya dia bercerita. Malah sempat mengalirkan air mata. Yalah, siapa tak sedih, kan? Tapi dalam begitu pun dia masih tak nak menyalahkan orang itu. Dia masih mahu bersangka baik. Katanya dia tak kisah kalau orang tu betul-betul dah tak nakkan dia... dia reda. Cuma yang dia bimbang, kalau-kalau orang tu dianiaya atau melakukan perkara itu di luar sedarnya (fahamkan maksud saya?)

Sudah seminggu, dan dia sengaja menyibukkan diri dengan bermacam-macam aktiviti. Mungkin itu caranya untuk dia melupakan. Saya tahu dia terkilan kerana hajat yang tak kesampaian tapi bersabarlah. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Dan saya berdoa, mudah-mudahan segala-galanya akan kembali okey selepas ini.

*Kisah benar yang akan saya selitkan di dalam novel saya selepas ini...


3 comments:

RoSseYbErDuRi said...

Salam....
Semoga si dia kuat...percayalah apa y berlaku ada hikmah....
Semoga Allah hadirkn pendamping dirinya y baik...sebaik hatinya y sentiasa mbantu....

MIMIE AFINIE said...

salam rose..
Alhamdulillah, dia sudah semakin kuat...

RoSseYbErDuRi said...

alhamdulilah.....kata padanya ...
Ketahuilah bahawa menangis dan bersedih bukanlah berarti kita hilang harapan..jauh sekali untuk menjadikan kita rasa putus asa dengan Rahmat Allah.
Sesekali menangis..hati kita akan bangkit sedar bahawa kekecewaan bukan penghalang kebahagiaan.
Sesekali menangis..jiwa kita dididik dengan indahnya Sabar dan Redha.
Sesekali menangis..percayalah..bukan Allah tidak tahu deritanya hidup kita,retaknya hati kita..tapi mungkin itulah yang Dia mahukan..kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya.