Tuesday, March 6, 2012

kisah benar


Sejak jadi penulis, acap kali juga saya dihubungi oleh pembaca dan teman yang meminta supaya saya menulis kisah hidup mereka. Rata-ratanya perempuan dan kisah mereka semuanya sedih-sedih belaka. Setakat ni belum jumpa lagi cerita-cerita kelakar dan ceria. Terbaru, minggu lepas... ada seorang kakak yang meminta saya menulis kisah hidupnya juga. Katanya, tak payah susah-susah cari idea... ambil sahaja kisah dia, dah boleh jadi satu novel. Macam yang lain-lain... hidupnya juga penuh dengan kisah sedih. Tapi dia belumlah bercerita sepenuhnya. Tunggu satu hari yang sesuai katanya...

Selalunya saya tolak dengan baik. Bukanlah tak nak bagi kerjasama tapi saya lebih suka menulis mengikut imaginasi saya sendiri. Saya tak terikat dan saya boleh berkarya dengan sesuka hati saya. Lagipun saya kurang gemar menulis benda-benda sedih ni. Kalau sedih sikit-sikit tu boleh lagi la. Kalau dah terlampau sangat, saya pulak yang jadi penat dan tertekan.

'Biarlah ku sendiri'. Sesiapa yang pernah membaca nopen ini... inilah satu-satunya kisah benar yang berjaya saya tulis. Itu pun sebab tak sampai hati. 'Dia' meminta tolong sangat-sangat. Saya turutkan. Tapi saya cuma mampu buat dalam bentuk nopen saja. Kisahnya sangat berat untuk saya jadikan novel. Saya tak rasa saya mampu buat.

Selama lebih tiga jam 'dia' bercerita pada saya tanpa henti. Masa tu kami berdua duduk kat depan chalet di pantai kampung mertua saya di Mersing. Bermula pukul sepuluh malam... tamat bercerita jam satu lebih. Sambil ditemani dingin malam yang mencucuk sampai ke tulang, air matanya tak henti-henti mengalir masa tu. Sambil mencatat, air mata saya luruh juga sesekali. Kisah hidupnya memang tragis sungguh. Macam dalam drama. Jadi kepada sesiapa yang nak tau kisah hidup 'dia'... bacalah 'Biarlah ku sendiri.' Ianya memang kisah benar...

4 comments:

Maisarah Azmi said...

Saya juga bersetuju dengan pandangan akak mengenai penulisan novel.. Kadang kala kita lebih selesa mengarang melalui imiginasi daripada menulis semula kisah yang berlaku.. Saya pun tak suka sedih2 sebab saya nie sensitif orangnya,,..

MIMIE AFINIE said...

Betul tu sarah... mengarang ikut imaginasi sendiri lebih memberi kepuasan. Kita bebas berkarya dan bila-bila masa boleh ubah apa yang kita rasa nak ubah. Maknanya kita tak terikat...

ezannurhafiz said...

tak nak cite sedih...cite kak mie kalu sedih, sampai terbawak2 dalam tdo..sedar2 dah nangis...tak mau..

MIMIE AFINIE said...

ezan.. jangan risau. Cerita akak tak de yg sedih sangat. Sedih sikit2 aje... heheh