Semasa menghadiri satu kursus, penceramah yang diundang membuka cerita pasal lagu. Maka dia pun menyebut nama-nama penyanyi dan kumpulan yang boleh dikatakan popular pada sekitar tahun 80an, 90an termasuklah penyanyi masa kini. Pada mulanya memang saya sangat seronok mendengar ceritanya. Kebetulan saya juga meminati beberapa nama yang disebutnya. Yalah, siapa tak kenal Kumpulan Search, Alleycats, BPR, Jamal Abdillah, Sudirman dan banyak lagi. Saya dewasa bersama lagu-lagu mereka. Sampai sekarang saya masih meminati lagu-lagu mereka. Laila namamu teratas (Search), Suratan (Alleycats), Pelangi Petang (Sudirman), Derita Cinta (Jamal Abdillah) adalah antara lagu yang saya suka. Tapi lagu yang paling saya minat tentulah Warisan Wanita Terakhir nyanyian Teacher's Pet. (Ada saya masukkan dalam novel terbaru saya, Kalau Ada Jodoh). Bagi sesiapa yang tak pernah dengar, hayatilah...
"Puan Wan mungkin tak tahu sangat pasal lagu-lagu dan penyanyi yang saya sebut tadi. Kalau lagu Kamariah Noor, lagu R. Azmi, dia taulah kot..." Tiba-tiba penceramah lelaki yang hampir sebaya saya itu menyebut begitu. Saya betul-betul tergamam dengan kenyataannya itu. Kamariah Noor? R. Azmi? Kalau tak silap saya kedua-dua penyanyi itu popular ditahun 50an atau pun awal 60an. Saya pernah juga dengar lagu-lagu dendangan mereka.
'Amboi! Lebih-lebih lah pulak dia ni. Macamlah aku tua sangat dan macamlah dia tu muda sangat. Ini satu penghinaan dan ini boleh mendatangkan marah.' Hati saya mula berkata-kata. Dalam masa yang sama terdengar-dengar lagu nyanyian Kamariah Noor dalam filem 'Bawang Putih Bawang Merah'. Entah apa tajuknya saya tak ingat tapi lagu yang ada menyebut pasal ikan kaloi tu. Kalau tak silap sayalah, semasa filem itu dibuat, saya masih belum lahir atau kalau dah lahir pun, mungkin masih kecil sangat. Mungkinlah...
"Encik H (bukan nama sebenar), tua sangat ke saya ni?" soal saya seusai ceramahnya.
"Eh! tak adalah. Kenapa awak tanya macam tu?"
"Kenyataan Encik H tadi buat saya rasa macam tua sangat. Kamariah Noor dan R. Azmi tu zaman atuk saya, tau. Mak saya pulak zaman pop yeh yeh."
"Oh! ya ke?" Macam tak percaya aje muka Encik H.
"Encik H sebut aje siapa, Search, Carefree, September 5, Flybaits, Black Dog Bone... saya tahu lagu-lagu mereka."
"Ye ke ni?"soalnya lagi. Nampak macam masih tak percaya.
Encik H ni ada masalah penglihatan ke? Atau pun memang saya ni nampak terlalu tua sangat?
Atas desakan rakan-rakan sekursus, malam itu saya telah melakukan aktiviti yang sudah lebih 2o tahun saya tinggalkan. (Dulu saya merupakan penyanyi utama band tempat saya belajar). Saya telah menyanyi (berkaraoke) di hadapan khalayak ramai dan di hadapan penceramah itu juga. Nak tahu, lagu apa yang telah saya nyanyikan? Pelangi petang dan Dealova (nah! ambik ko Encik H...)
"Awak dah lawan tokeh nampak... Pelangi petang tu boleh lagi... tapi Dealova tu..." tegur Encik H keesokan harinya selepas majlis penyampaian sijil.
Kenapa... tak percaya ke?
5 comments:
Tak dapat nak bayangkan.. cam ne rupa n suara kak mimie ketika mendendangkan kedua-dua lagu itu.. kalau ada gmbr atau video clip di sini, boleh gak ditatap-tatap.. hehehe!
ape la sgt ngan dealova tu.. lagu my chemical romance pon aunty bole nyanyi.. kan?
Bravoooo Bravoooo peeeeiiiii witttttttt cayalah kak mimie... Dealova lagi tu..... tapi lagu tu memang sedap... syahdu syahdan dan mesti padan dengan kak mimie.... sure mendayu-dayu suara kak mimie mengalunkan lagu tu sampai penceramah H tak tido malam.... hehehehe ni yang tak sabar nak dengar kak mimie nyanyi ni.... Wallah... tabik spring ngan kak mimie....
lagu fav tu ... Kak mimie tujukan lagu dealova ni tuk saya ye.
Dewi,
Tak payah bayangkan... takut jadi gila bayang plak... CDnya ada tp ntah kat mana anak simpan. Masa nyanyi tak sedar diri. Bila tengok balik, rasa macam tak sanggup nak tengok lama2.
Luckylia,
A'ah kan? tak pun lagu Muse... (tak sedo diri beno gamaknya...)
Pu3,
Masa nyanyi tu memang macam hilang ingatan sekejap. Lupa plak diri tu dah tak berapa nak muda lagi... Tp masa dgn band dulu, suka nyanyi lagi Hetty Koes Endang...
ebriza,
Salah satu lagu fav akak gak... Memang dituju buat ebriza di sana...
Post a Comment