Sunday, May 4, 2008

Kenangan lalu

Tiba-tiba seseorang menghubungi saya minggu lepas. Seseorang yang sudah lebih 20 tahun tidak saya temui. Sebenarnya N (bukan nama sebenar) adalah kawan masa belajar dulu. Dia sangat rapat dengan saya hingga banyak orang menganggap kami ada hubungan istimewa. Tapi, sebenarnya tak. Hubungan kami macam adik dan abang. Kebetulan dia dua tahun lebih tua daripada saya. Saya sukakan sikapnya yang kelakar, happy go lucky dan sangat mengambil berat. Berbeza sekali dengan S (juga bukan nama sebenar), buah hati pengarang jantung saya yang agak pendiam, serius dan tak kelakar langsung.

Bila bersama N, hati saya akan jadi terhibur sepanjang masa. Maklumlah kami sekepala. Sebaliknya bila bersama S, saya rasa bosan sungguh. Bercakap pun benda-benda yang serius je. Sampaikan bab politik pun dia ajak saya bincang. Haru sungguh. Pernah juga terdetik di benak saya, kenapalah aku boleh terjebak dengan mamat ni? Skemanya dia. Tapi nak buat macam mana, hati dah sayang. Teruskan ajelah...

Masa tu, saya dah dapat hidu perasaan cemburu S terhadap saya dan N. Mau tak cemburu, depan mata dia, saya boleh dok lepak dengan N sambil bergelak ketawa. Kalau sekali, mungkin dia boleh tutup mata tapi kalau dah hari-hari, sapa tak marah? Kawan-kawan lain pulak dok asyik perli dia aje. Cakap dia bodoh biarkan awek dengan lelaki lain. Lagilah dia sakit hati.

Nak dijadikan cerita, S beri kata dua pada saya. Pilih dia atau pun N. Saya cakap, saya memang pilih dia, tapi dengan N pun saya nak berkawan sebab N memang kawan saya. S tak mahu terima jawapan saya. Dia tetap suruh saya pilih antara dia dan N. Akhirnya dengan hati yang berat terpaksalah saya buat keputusan untuk putuskan 'hubungan' dengan N.

"Awak tak boleh buat macam ni. Saya tetap nak berkawan dengan awak." Saya masih ingat suara dan rupa N yang sedih semasa saya memberitahunya keputusan itu. "Saya sayang awak, tau tak?" sambungnya dalam dialek Kelantan yang pekat.
"Kalau boleh saya pun tak sanggup buat keputusan ni... tapi saya terpaksa," balas saya.
"Kalau awak tak nak berkawan dengan saya, saya nak berkawan dengan siapa pulak?" Saat ini air mata N mengalir laju. Saya tergamam. Tak sangka, dia boleh menangis pula.
"Z (bukan nama sebenar) kan ada. Awak boleh berkawan dengan dia," balas saya merujuk kepada seorang lagi teman kami.
"Tok sir... dio tu mace ore jate (Tak nak... dia tu macam orang jantan)," kata N. Memang betul pun, Z agak kasar orangnya dengan badan yang tegap.

Dalam tak nak pun, akhirnya kami 'berpisah' jugak. Walaupun sering bertemu, (kitorang sekelas) tapi kami sudah tidak seperti dulu. Bercakap pun benda yang penting aje. Pendek kata, kami dah jadi macam orang lain. S lah orang yang paling gembira sekali dengan perkembangan itu.

Bila tamat belajar, kami membawa haluan masing-masing. Tiada lagi khabar dan berita dari N, sehinggalah saya menerima kad jemputan ke majlis perkahwinannya. Ketika itu saya masih dalam pantang anak pertama. Nak tahu siapa pasangan N? Z yang dikata 'mace ore jate' itulah yang jadi pilihan hatinya. Masa dapat kad tu, saya gelak dengan suami. Rasa macam tak percaya. Nak tahu pulak siapa pasangan hidup saya? Siapa lagi, S lah. Tapi sejak kami jadi suami isteri, sifatnya yang pendiam dan sentiasa serius itu pun dah beransur-ansur hilang. Sebaliknya dia dah banyak bercakap dan mula pandai buat kelakar. Mungkin terpengaruh dengan sifat saya kot...

Dan panggilan N pada malam itu, membuatkan saya jadi teringat semula pada kenangan lalu. Saya benar-benar tidak menyangka dia sudi menelefon saya.
"Mana awak dapat nombor telefon saya?" soal saya.
"Abe (abang) awak call saya... dia yang bagi nombor awak."
"Ya ke?" saya ketawa. Kalau dulu S yang beria-ia suruh saya jauhkan diri dari N, sekarang dia pulak yang mencari orang tu. Hai! Macam-macam...
"Tak sangka awak dah jadi penulis," katanya yang pernah terbaca artikel mengenai saya dalam surat khabar.
"Alah... penulis kecil-kecilan aje. Bukan orang kenal sangat pun." Saya merendah diri. Memang itu lah yang sering saya rasa.

Lama juga saya berbual dengan N dan Z yang kebetulan ada bersamanya. Sempat jugalah mengimbau kisah lama. Doa saya agar N dan Z akan berbahagia di samping anak-anak tercinta. Begitulah juga doa saya untuk diri sendiri. Moga saya akan sentiasa berbahagia di samping keluarga tercinta.

* Buat S (bukan nama sebenar) - maaf kerana paparkan cerita ni kat sini. Jangan marah... nanti kena jual... hehehe...
* Buat N dan juga Z - moga suatu hari nanti kita akan bertemu lagi.

22 comments:

Catatan ZZ said...

Salam Kak Mimie,
Ada blog rupanya..saya baru tau. Wah, best betul citer N, S dan Z. Macam dlm novel lak bila baca.

Saya dah habis baca Kalau Ada Jodoh. Mula2 saya jatuh hati ngan Faris. Lama2 jatuh hati ngn Pyan lak...hehe..

Queen Latifah said...

Salam, Mimie...

Rajin2lah updatekan blog ni. Lama sungguh tunggu Mimie aktif dengan blog... maklumlah, orang busy kan... hehe.

Teringat Kak Aina masa kita kat Kuantan dulu... memang tak kering gusi sembang dengan Mimie. Ada-ada saja, kan? Insya-Allah, satu hari nanti kita buat macam tu lagi, ya. Bila baca blog Mimie... memang teringat tu... hehe. Teringat jugak masa kita lepak kat Pesta Buku.

dS said...

Hemm.. so sweet! ~_~

alias derais said...

wei akak, mana shoutboxnye. orang nak jerit kuat2 kat situ. ok jaga diri.bye.

MIMIE AFINIE said...

Salam Tanne,
Terima kasih krn sudi jenguk blog akak. Sebenarnya blog tu dah lama ada tp terbiar mcm tu aje. Biasalah org busylah katakan sampai mengalahkan PM. Sebenarnya penyakit malas yg lebih. hehehe.
Jatuh hati dgn Pyan? Sebelum Tanne, akak dah jatuh hati dulu. Hehehe...

MIMIE AFINIE said...

Kak aina,
Betul kak aina. Lepas ni kenalah selalu update blog ni. Memamg busy tapi kadang2 saja buat2 busy. hehehe.

Tulah kak aina, teringin nak ulang balik macam kat Kuantan dulu. Syok, kan? Tapi yg tak syoknya bila Kak aina bukak cerita seram. Dahlah saya ni penakut. Tapi apa2pun, memang seronok sangat...

MIMIE AFINIE said...

dewi... Terima kasih jenguk...

MIMIE AFINIE said...

Salam alias,
Shoutbox tu sengaja ditiadakan. Sebab takut alias jerit kuat2. Hehehe. Nantilah lepas2 ni kot...

faizul darius said...

wow, romantiknya cerita ni...

www.napiru.blogspot.com

MIMIE AFINIE said...

Salam Faizul,
Tu cerita zaman muda-muda dulu. Sekarang dah jadi orang lama... (Tak nak ngaku dah tua... hehehe)

Putera Purnama said...

Salam, nak panggil kak mimie ke aunt mimie.. hehehe, bukan nyer ape, sebab Ameer tu satu U dengan saya dan saya baru dapat tau yang Ameer tue anak kepada Mimie Afinie, apa-apa pun, teringin nak berjumpa dengan Kak Mimie.. Kalau Ada Jodoh buat saya tak jering gusi.. hahaha, selalu-selalu lah update blog!!! Salam, daaa....

MIMIE AFINIE said...

Salam Putera Purnam,
Panggil aunty pun boleh. Memang dah layak panggil cam tu pun. Putera pun belajar kat Uniten jugak ke? Ambik course apa?

Insyallah satu hari nanti kita jumpa. Tunggulah aunty pergi Uniten. Tak pun tunggu Pesta Buku tahun depan. Atau kalau sudi, boleh datang rumah.

Dah baca Kalau Ada Jodoh? Wah! tabik spring ni. Ameer sendiri pun tak pernah baca novel mak dia. BTW thanks sudi jenguk blog aunty.

♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ said...

Salam kak mimie.... bila terlihat vespa merah, mesti ingat kak mimie, bila ingat kak mimie sure ingat pyan.. bila ingat pyan sure ingat aksi dia yang selamba tu sampai opah pun terkezut.... tak sangka kak mimie leh hasilkan novel yang cukup kelakar.... pu3 bagi kat member baca... dia pun asyik ketawa... lucu bangat katanya...hehehehehehe. Erm kalau tak ada halangan, nanti 28hb ni pu3pi LHDN Jalan Duta.

MIMIE AFINIE said...

Pu3,
Ooo... nakal ye? Mesti tengah dok bayangkan pyan dengan seluar keciknya tu kan? Alah... yang ala-ala ahli bina badan tu. Hehehe jangan marah...

Pu3 nak pi blok 9 kan? Kebetulan akak pun kerja kat blok tu. So, apa kata kita lunch kat 'de Hasil' sambil ngumpat-ngumpat pasal pyan.

Luckylia™ said...

watak hero novel aunty yg akan datang camane la agaknye ek? rambut cacak2 ke? rupa macam aron aziz ke? ke mcm toi? aunty bg la hint sikit.. kite tak sabar nak jatuh cinta lg ni.. heheheee..

MIMIE AFINIE said...

Hai Luckylia,
Hero baru? Mana boleh cakap... kena rahsia dulu. Nanti tak suspen. Yang pasti, bukan macam pyan yang tak makan saman tu.

Agak2 lia suka yang camne? Rambut cacak2 ke? Atau yang macam nuar zen, pojaan hatimu itu? kehkehkeh...

Luckylia™ said...

lia tak kisah... mcm toi ke, mcm subhan kreketek ke.. yg pasti kerekter dia sederhana dan selamba.. mcm pyan.. heheheee.. hero kalau over hebat sgt pon tak bes aunty, dah jadik mcm cite industani nnt..

MIMIE AFINIE said...

Ya betul... aunty setuju dgn lia. Mcm toi atau subhan kreketek? Tak mau la... tak seswaii...

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Salam, kak mimie...
Saya sempat baca 2 buah novel mimie.. menarik..
Harap terus berkarya..

MIMIE AFINIE said...

Nik, terima kasih sudi baca novel saya. Insyaallah selagi diizinkan, saya akan terus berkarya...

zaza said...

salam
kak mimie
sy minat sgt2 gn novel yg akak tulis
sy nk tau,
mcm mne nak dprkn novel lame akak
novel masih ada rindu

yumi said...

assalamualaikum akak mimie
akak mimie tak ada tulis buku terbaru
saya mmg minat buku-buku akak mimie
terutama tinggallah pujaan
akak mimie tak ada ke buat erita mengisahkan kekasihnya (hero)mengidap penyakit kronik seperti barah?