"Ooo... kerja kat library... patutlah boleh buat novel." Kenyataan yang selalu sangat saya dengar. Kenyataan ini juga sering buat saya rasa marah, geram dan sakit hati. Kenapa ya, orang sering beranggapan yang bekerja di perpustakaan tidak banyak kerja, boleh duduk goyang kaki, boleh bersembang lama-lama, boleh baca buku banyak-banyak dan untuk penulis macam saya... boleh menyiapkan novel banyak-banyak? Memanglah, jika dilihat dari pandangan mata kasar, apa sangatlah bekerja di perpustakaan. Setakat duduk-duduk di kaunter, uruskan pinjaman dan pemulangan bahan. Lepas tu susun buku kat shelf. Kalau macam itulah, setahun empat buah novel pun saya boleh siapkan.
Sebenarnya bertugas di perpustakaan tidaklah semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi perpustakaan khusus seperti di tempat saya bertugas. Kita kena 'pakar' dalam semua perkara. Akta, peraturan, kaedah, perintah mesti selalu dikemaskini. Jadi, kena selalu semak pindaan-pindaan bagi akta-akta berkenaan. Begitu juga dengan laporan perundangan. Itu pun kita kena tahu. Selalu berlaku pengguna hanya menyebut nama kes tanpa tahu kes itu dari negara mana. Untuk perkara ini sahaja, kadang-kadang kita terpaksa mengambil masa berjam-jam lamanya, hanya untuk mengesan kes tersebut.
Itu baru bab akta dan laporan perundangan. Belum lagi masuk bab buku, loose leaf reports, seminar paper, annual report, dll yang semuanya perlu diproses, dikatalog, diberi nombor pengkelasan dan tajuk perkara. Kerja-kerja ini pula bukanlah boleh main hentam aje. Kena pulak rujuk DDC (Dewey Decimal Classification) yang sebanyak 4 volumes itu untuk nombor pengkelasan dan juga Library Congress of Subject Heading (5 volumes yang satu-satu tu punyalah tebal dan berat) untuk tajuk perkara. Sebenarnya, selain daripada tugas-tugas di atas, banyak lagi tugas lain yang tidak kurang mencabar yang hanya difahami oleh mereka-mereka yang bekerja di perpustakaan.
Buat mereka-mereka yang sering bersangka buruk dengan saya... terpulanglah. Saya pun dah malas nak cakap banyak. Apa yang penting, saya tahu apa yang saya buat. Lebih penting, Allah tahu.
16 comments:
hai kak mimie.... kesian pada akak, sapalah yang tak berapa pandai tentang tugasan di perbagai bidang yang memberikan anggapan dan pandangan sedemikian... sabar je lah kak. Bila dipertanggungjawabkan di bahagian perpustakaan atau tempat perujukan sumber, kitalah sebenarnya yang paling sibuk... sibuk sebab kena serba tahu dan persiapkan segalanya.. diri dan jawapan kerana kita akan berhadapan dengan seribu .. eh silap... beribu-ribu persoalan yang terkadang diluar dugaan dari orang2 yang ketagihkan sumber terkini yang berkaitan dengan apa yang mereka cari. Pu3 pun selalu kena gak kak.... orang tanya aktalah, ruling baru, cases dan macam lagi yang khusus berkaitan dengan tax. Uhuuuu tak terjawab gak kekadang tu... hahahahha
Orang sebenarnya jealous, dorg x pernah rasa so sesedap mulut je la dorg rase. tul x...
saya amik cos electrical engineering.. Kenal ngan ameer ni pon sebab aktif persatuan ngan dia, tambah2 lagi nak pi penang minggu depan.
Saya memang minat baca-baca novel ni. Ari tuh saya dah pernah jumpa aunty kat pesta buku, sempat amik autograf agy time beli buku kalau ada jodoh, mungkin x perasan.
Anyway, semoga sukses...
Hai pu3...
Terima kasih sudi jenguk blog akak. Biasalah pu3... mulut orang. Ikutkan rasa marah... dah lama jadi perang dunia ke 3. Tapi sabo jelah.
Pu3 pun kena tanya gak ke? Jawab jelah selagi boleh jawab, kan? Kat tempat kerja putri pun ada library, kan? Dulu akak pernah berurusan dgn librarian kat situ. Tapi lupa plak nama dia.
Walau apapun orang nak kata, akak sayangkan kerjaya akak dan akak ikhlas dalam apa yang akak lakukan...
Salam putera,
Betul la... mulut tempayan boleh ditutup. Mulut orang? Bagi penampar je kot...(gurau je...)
Dah jumpa kat pesta buku ke? Maaflah... aunty tak perasan pulak. Yalah, ramai sangat jumpa orang, kan?
BTW, jaga diri baik2. Selamat berpersatuan dan selamat berangkat ke penang...
ala aunty, kadang2 kito keno la pokakkan telingo ni, dok tadah yo donga apo oghang kato bole mendatangkan penyakit jiwo tau.. daghi dok sakit2 jiwo, baik kito ceghito pasal pyan ko, riz ko, anua zen ko.. lg baguih!
Luckylia,
Tulah kan... daripado dok sakit jiwo... baik kito dongar lagu nuar zen ko, tak pun lagu riz. Dah ado lagu ko budak tu?
ado dah.. laskarrrrr cintaaaaa... heheheee!!!
Lia... lagu tu tak syok...
heheee.. yg syok bile apekehenye yeop dapat masuk final af.. kalau la 'kalau ada jodoh' difilemkan dan aunty yg jadik directornye.. lia rasa that boy ada dalam senarai utk pegang watak pyan.. tak gitu aunty? hmm.. seswai ker???
heheee.. yg syok bile apekehenye yeop dapat masuk final af.. kalau la 'kalau ada jodoh' difilemkan dan aunty yg jadik directornye.. lia rasa that boy ada dalam senarai utk pegang watak pyan.. tak gitu aunty? hmm.. seswai ker???
heheee.. yg syok bile apekehenye yeop dapat masuk final af.. kalau la 'kalau ada jodoh' difilemkan dan aunty yg jadik directornye.. lia rasa that boy ada dalam senarai utk pegang watak pyan.. tak gitu aunty? hmm.. seswai ker???
Apa kehelnya yeop... post sampai 3 kali? Ni mesti seronok yeop tu masuk final ye?
Kalau KAJ difilemkan dan aunty director, boleh gak budak tu jadik Pyan... nampak cam seswai gak kan? (Berangan je la... hehehe).
3 kali eah? den tak sengajo lahhh... takyah la den delete yo.. nampak meriah sket..
salam kak mimie..saya pun slalu gak org kata cmtu kat saya.mmg byk keja kat library ni,tambah2 lagik nak guna DDC tu.sakit kepala.hehehe..akak bykkan bersabaq and teruskan keja akak tu..semoga sukses..HIDUP LIBRARY!
salam kak mimie...saya pernah rasa mcm akak rasa sbb saya pun keja kat library gak..keja kat library ni nmpk mcm tak de keja tp keja tu sama byk mcm org lain gak.tambah2 lagik bila guna buku DDC tu.leh pening kepala.hehehe apa pun novel akak best arr..semoga akak berjaya di masa akan datang
Azura... memang betul la. Kadang2nak katalog buku pun memakan masa hampir sejam. Mana nak tau isi kandungan buku lagi, nak semak DDC lagi,LCSH lagi... mmg pening. BTW, tima kasih baca novel akak. TQVM.
Post a Comment