Saturday, June 7, 2008

Ada apa pada anak nombor dua?

"Bila nak update blog? Kata nak rajin, tak nak malas-malas lagi. Tapi bila masuk blog, asyik-asyik nampak 'kisah seram' tu... menyampah," marah seorang teman yang mulutnya boleh digolongkan sebagai laser.

"Suka hati oranglah nak update ke tak nak... kalau menyampah tak payah masuk," Saya melaser dia balik. (Sebenarnya itulah cara kami bergurau... kalau orang tak biasa mungkin anggap kitorang bergaduh.) Tapi betul juga kata teman tu... saya sendiri pun naik meluat bila tengok blog yang tidak dikemaskini ini.


Jadi hari ini, saya cuba rajin-rajinkan diri mencoret sepatah dua lagi kata dan kali ini saya nak bercakap tentang anak nombor dua pula. Kenapa anak nombor dua? Takkan tak ada topik yang lebih memberangsangkan? Sebabnya, saya sendiri merupakan anak nombor dua. Hehehe... Jangan marah...


Sebenarnya dah lama dan dah banyak saya dengar tentang anak nombor dua ni. Kata orang, anak nombor dua ni 'lain' sikit. Lain macam mana tu? Maksud lain di sini, mereka ni bertanggungjawab, baik hati, suka mengambil hati, suka menolong dan macam-macam lagi sifat yang baik. Pendek kata anak nombor dua ni, boleh diharaplah... Itu bukan kata saya ya, tapi kata-kata yang keluar dari mulut beberapa orang yang pernah bercakap dengan saya.
Tapi bila saya perhati dan kaji, ada betulnya pendapat orang-orang itu. Contoh terdekat ialah anak saya sendiri. Dalam tiga beradik, memang dia nampak lain sedikit. Mungkin dari luaran, dia nampak macam nakal dan kasar. Tapi sebenarnya dialah yang paling banyak menolong, pandai buat keputusan, rajin dan bertanggungjawab. Kalau rumah bersepah, dialah yang tolong kemaskan. Dia jugalah yang tolong menyiram pokok, cuci kereta dan dialah yang paling risau sekali sekiranya saya demam atau jatuh sakit. Pendek kata dia memang anak yang boleh diharap. Bukanlah pula saya kata anak-anak lain tak boleh diharap. Tapi mungkin tidak sama seperti anak tadi. Yang pastinya, masing-masing ada keistimewaan yang tersendiri.
Selain anak saya, anak-anak saudara saya juga memiliki sifat yang hampir sama. Mungkin ianya berlaku secara kebetulan atau pun anak nombor dua memang begitu? Entahlah...
Tapi, walau apa sekali pun pendapat orang, saya tidak pernah membezakan kasih sayang di antara anak-anak. Layanan dan perhatian saya pada mereka sama sahaja. Tiada yang lebih, tiada yang kurang...

12 comments:

Aina Emir said...

Salam Mimie,

Kak Aina pun anak nombor dua. Mungkin boleh tambah sikit kot... anak nombor dua ni, kadang-kadang degil. Kalau 'A' Kata dia, payah nak berubah jadi 'B'. Entahlah... apa-apa pun, seronok jadi anak nombor dua ni. Bertanggungjawab, rasanya memang tepat kot, sebab dalam ramai-ramai adik beradik, Kak Aina yang bela mak dan seorang adik, sejak berpuluh tahun dulu lagi. Alhamdulillah.

MIMIE AFINIE said...

Betul tu kak aina... anak nombor dua mmg degil sikit. Kalau dia dah nak buat sesuatu tu janganlah dilarang2. (Sayalah tu... hehehe)

Kak Aina pun anak nombor dua ke? Baru hari ni saya tahu. Bab menjaga emak dan adik tu, kebetulan saya pun sama mcm kak aina. Mereka tinggal dgn saya sampailah adik meninggal dunia dan dikebumikan di sini. Hanya mak aje yg menghembuskan nafas terakhirnya di rumah abang kat Taiping setelah beberapa bulan kat sana...

induk79 said...

iyo ko??? buleh cayo ko???

Luckylia said...

hmm.. lia mcm kenal je dgn teman auntie yg molot laser tu.. jgn layan sgt org2 mcm tu auntie.. ignore aje.. pado induk, selamat datang ke blog auntie mimie.. kalo tak cayo pon induk buek2 la pecayo..

MIMIE AFINIE said...

Induk79... takkan tak cayo kot. Induk ni jeles kat anak nombor duo kot. Almaklumlah anak bongsu... manjo le tu...

MIMIE AFINIE said...

Lia... kenal ke? Hehehe... diam2 udoh ler. Ape kehenya Yong? Kehkehkeh...

"Vidara Nieta" said...

sokong...sokong..Kak aina & kak mimie =p (anak nombor 2 gak ni...)

MIMIE AFINIE said...

Hai Vee... anak nombor dua gak ke? Wah! Boleh tubuh persatuan ni...

alias derais said...

terpaksalah saya menubuhkan pula persatuan anak nombor lima. hmm, sesapa nak jadi ahli, meh la. bayarannya setahun rm625 je.

MIMIE AFINIE said...

Alias... persatuan anak nombor lima? Tubuh... jangan tak tubuh. RM625? Hmmm... mcm pernah ku dengar angka itu... tapi di mana ya?

mEdiyla said...

hai Nani, ni ana. Tgk paper bharian ari ni, teringat masa kat IP. teringin betul nak jumpa. Nak contact tak ada nombor. Nak bagi comment tak ada blog, jadi tumpang blog anak aje. Sekarang dah 2 tahun kerja kat lancang/Temerloh setelah bertukar dari perak. Contact lah mana tau kita boleh dpt diskaun beli awak punya novel hehehe..:D
RUHANA HAMZAH 012-4678013
salam......

MIMIE AFINIE said...

Hai Ana... tak sangka Ana nak masuk sini.Wah! lamanya kita tak jumpa. Dari zaman bujang sampai dah ada anak yg besar panjang kan? Temerloh dgn Selangor/KL dah tak jauh sangat... kalau ada masa jemputlah datang sini.Boleh bercerita panjang, Pastu boleh pegi rumah Wati...