Saturday, June 21, 2008

Kalau ada jodoh...

Walaupun dah beberapa kali cerita tentang saya dan novel2 tulisan saya keluar dalam surat khabar tapi kali ini perasaannya lain sedikit. Ulasan panjang lebar novel 'Kalau Ada Jodoh' siap dengan gambar saya menaiki vespa itu menyebabkan hati saya rasa seronok sangat. Bukanlah sebab 4 bintang yang diberikan oleh pengulas. Bukan juga sebab gambar saya yang tersenyum ala-ala malu-malu kucing atas vespa tu.

Saya betul-betul tak sangka, ulasan yg terpampang di mukasurat 23, Berita Harian, sisipan Sabtu 21/6/2008 itu telah mengundang beberapa kenalan lama untuk menghubungi saya. Itulah yang buat hati saya berbunga sepanjang hari. Pagi-pagi lagi telefon saya dah berbunyi. Rupa-rupanya, seorang pegawai kanan di tempat saya bekerja yang sudah beberapa tahun bersara. Semasa dia menamatkan perkhidmatannya, saya baru ada dua novel. Katanya dia baru baca suratkhabar dan terperanjat sangat bila nampak muka dan cerita saya ada kat dalam tu. Kebetulan dia memang ada menyimpan nombor saya dan terus saja menelefon saya. Selepas itu kami berbual agak lama juga.

Selain daripada beliau, saya turut menerima panggilan daripada dua orang rakan lain. Kedua-duanya juga sudah lama tidak saya temui. Seperti tadi, saya juga berbual agak lama dengan mereka berdua. Banyak betul perkara yang ingin dikongsi. Maklumlah dah banyak tahun tak jumpa.

Paling saya teruja apabila seseorang meninggalkan komen dalam blog saya. Tak sangka Ruhana, kawan semasa belajar dulu berjaya juga menjejak saya. Bayangkan dah lebih 20 tahun kami tak berjumpa. Dulu dialah kawan yang paling rapat, kawan tempat mengadu, berkongsi cerita dan masalah selain daripada Azmawati. Bagaimana akrabnya kami bertiga, begitulah juga kami rapat dengan buah hati masing-masing. Jadi, kalau ke mana-mana tu sentiasa saja berenam. Wati dengan Enal, Ana dengan H (Bukan nama sebenar) dan saya dengan S (juga bukan nama sebenar). Enal ni merupakan abang kepada Zainal Alam Kadir (Pengacara di Astro). Kalau tak silap saya, nama semua adik beradik lelakinya bermula dengan Zainal. Pernahlah kami ikut balik ke rumahnya di Muar. Sempatlah kenal dengan emaknya, Mak Eton yang baik hati dan peramah tu.

Alhamdulillah, jodoh saya ada dengan S. Begitu juga dengan Enal dan Wati tapi jodoh Ana tiada dengan H. Mungkin ada hikmah di sebaliknya dan Ana telah pun bertemu jodoh dengan jejaka senegerinya, Pahang. Selepas tamat belajar, saya pernah berjumpa Ana sekali. Itu pun semasa kami masih solo. Tapi dengan Wati dan Enal, ada juga berjumpa beberapa kali. Paling akhir adalah pada tahun lepas, ketika kami sekeluarga berkunjung ke rumahnya.

Buat Ana, kalau ada kesempatan dan kalau ada jodoh... boleh kita jumpa lagi. Insyaallah....

* Ana... sorry ek, buka cerita lama pulak...
* Buat Berita Harian... terima kasih kerana telah 'mempertemukan' kami semula.

9 comments:

alias derais said...

saya tak ada nombor tepon akak. so tak dapat call lah utk cakap tahniah. anyway, tahniah le. tak ramai yg bergambar atas vespa merah n pakai baju merah plak tu. pasal 4 bintang tu n ulasan panjang lebar by berita harian pun tahniahlah jugak. kesimpulannya, tahniah n tahniah le. rancakkan lagi berkarya.

MIMIE AFINIE said...

Alias,
A'ah akak pun tak ada no tepon Alias. Apa2pun terima kasih bebanyak le atas ucapan tahniah tu. Rancakkan berkarya? Insyaallah...

::mEdiyla:: said...

nani, ari ni kita ada taklimat di temerloh, so sembang-sembang lah dengan romiah. kebetulan kak rubi pun ada sama. kak rubi ni bilik dia sebelah bilik kita di ipah. bila dah jumpa apalagi dok bersembang pasal di ipah dulu. kak rubi teruja sangat nak jumpa dgn nani, jadi kita suruh dia buka blog awak

Pena cinta said...

salam kakak...
Tahniah yer. Selalunya CT jarang nak beli BH tp entah kenapa hari tu borang utusan dgn BH sekali... rupa2nya ada akak kat dlm tu patutlah teringin je nak beli... hehehe semoga bersemangat utk terus berkarya.

MIMIE AFINIE said...

Ana... lama betul tak jumpa Romiah. Kak Rubi senior kita kan? Betul la ana, bila kenang balik kisah2 lama masa kat IPAH dulu, rasa seronok sangat. Macam2 ada kan? Suhaimi pun selalu kena sakat dgn nani. Ingat tak dulu2, sebelum dgn nani, orang dok gossip dia dengan siapa? Hahaha... anak2 pun seronok dengar cerita mak ayah dorang.

MIMIE AFINIE said...

Assalamualaikum,

Ni CT mana satu? Yg baru kawin tu kan? Kalau betul, akak ucapkan selamat pengantin baru. Moga hidup bertambah ceria dgn suami tersayang.

Insayaallah, akak akan teruskan berkarya. Cuma akhir2 ni macam malas sikit le. Asyik nak mengadap tv aje kerjanya.

::AnaLan;; said...

kak rubi bukan senior, tapi sama kita. tahun 3 dia serdang sebab dia biasiswa LPP. Kalu ada gambar lama boleh tunjuk. dia ada simpan lagi gambar kita tahun 1 & 2.

ruhayah said...

Salam, Selamat Hari Raya mimie!. inilah pertama kali saya masuk blog mimie...ini pun sebab saya tak dapat lagi buku baru mimie yang bertajuk KALAU ADA JODOH....saya dah cari kedai-kedai buku tapi tak jumpa lagi...mungkin saya dah lambat membelinya dan kedai tak ada stok lagi agaknyalah...terkilan pulak tak memiliki buku tu sedangkan saya membaca dan menyimpan koleksi buku mimie yang pertama hingga ke empat...kalaulah mimie boleh dapatkan dengan harga diskaun serta boleh sekali tandatangan kat buku tu....alangkah bertuahnya saya. Tajuk buku tu buat hati saya ingin membaca dan memiliki buku mimie yang ke lima.

munirah said...

tahniaaahhhh :) cerita akak best. saya dapat hadiah dari si dia dan sedang membace untuk kali yang ke-5 :D tak pernah bosan ;)