Sunday, March 22, 2009

Hantu buku

Semalam (hari Sabtu bersamaan 21/03/09) saya, suami dan Aisyah ke Muar kerana menghadiri majlis perkahwinan Aliff, rakan sekerja saya. Kami pergi secara konvoi dengan tiga buah lagi kereta. Pukul 9.00 pagi saya bertolak dari rumah, hampir pukul 1.30 kami sampai di rumah pengantin di Muar. Saya tak tunggu lama. Selesai makan dan bersembang ala kadar dengan kawan-kawan, saya terus balik. Bukan apa, malam tadi ada pulak jiran buat kenduri tahlil. Kalau tak pergi rasa macam tak kena pulak. Tu yang kena cepat balik.

Selamat Pengantin Baru (Aliff dan Azlin). Moga bahagia hingga ke akhir hayat.

Sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Muar, Aisyah monyok aje. Mau tak monyok... rupa-rupanya dia tertinggal bahan bacaan kat rumah. Sebelum ni setiap kali ke mana-mana, dia mesti bawak buku. Tapi semalam buat pertama kalinya dia terlupa nak bawak. Jadi, tak tau nak buat apa... dia asyik tidur aje. Lepas tu main game. Bila bateri hp dah kong, dia ajak saya singgah kat mana-mana kedai buku. Manalah nak jumpa kedai buku kat tengah-tengah highway tu. Akhirnya tak nak dia bising terpaksalah saya singgah kat Popular Selayang Mall. Beli 'New Moon' dan 'Belajar Santai Impak Maksima' untuk dia. Sehari sebelum tu dah beli 'Twilight' dan dia dah habis baca dalam masa satu hari je.

Punya la seronok sangat sampaikan tak sudah-sudah dia memuji saya. Ibu baik, ibu cantik dan yang paling tak tahan tu dia boleh cakap ibu ni nampak muda. Ha... ha... ha... saya gelak aje. Tau sangat taktiknya. Bukan apa, sebab ada dua lagi tajuk yang dia minta saya belikan, 'Eclipse' dan 'Breaking Dawn'.

Petang semalam beli, pagi ni dia dah khatam buku tu. Malam tadi entah pukul berapa dia tidur pun saya tak sedar. Dia ni kalau dengan buku memang berhantu. Memang dari kecil macam tu. Kalau kanak-kanak lain sibuk dengan barang permainan, dia pula pantang nampak buku.

9 comments:

UMAIRA DZUL WIDAD @ NAZ AREESYA AMEEN said...

anak saya pun macam tu juga.hobinya kumpul buku.agaknya budak perempuan memang mcm tu kot.

Azemi Ali said...

Salam Kak Wan,

Akak jual tak novel Hai Kitti dan Supermanku? Kalau jual saya nak beli dan dapatkan autograf sekali untuk anak saya.

Salam Ukhwah

MIMIE AFINIE said...

betul umaira... anak2 saya yang lelaki tu tak minat membaca sangat. Cuma yg perempuan tu aje...

MIMIE AFINIE said...

Salam En Azemi,

Jual tu taklah... tapi nantilah akak tengok2kan stok kat rumah... kot2 ada...

Luckylia™ said...

auntie, kite nak jugak...

anishusna said...

kak mimie..

masuk ni dah 2 buku saya baca karya kak mimie..

yg first TP and now Kalau ada jodoh...

saya memang teringin sangat nak tgk Pyan(watak yg kak mimie cipta dlm KAJ)...

hensem sangat ke???huhuhu..

lagi selain 2 tuh novel ape yg k.mimie prefer utk beli???klu boleh yg best2 lah..

hahaha..

anishusna said...

then...

kak mimie x buat tour ke???

datang ipoh la...

boleh sye dapatkan sign kak mimie...

MIMIE AFINIE said...

Eh! eh! lia... nak jugak ke? Siannya dia yer... nanti aunty cari kat kedai2 tayar kalau ada...

MIMIE AFINIE said...

salam anishusna?

Nak kenal pyan eh? Kena datang rumahlah... heheh... gurau je.

Selain TP da KAJ, tunggulah kemunculan novel terbaru akak ya. Tak lama lagi. Lepas ni anis akan jatuh cinta dengan Alam plak.

Kalau Anis jemput... bolrhlah akak datang Ipoh... Masak sedap2 tau...