Wednesday, May 6, 2009

Apa ada pada panggilan?

"Kau nampak aku ni tua sangat ke?" Tanya sorang kawan semasa bertemu di Pesta Buku baru-baru ini. (Kawan saya ni bukan penulis ya?)
"Kenapa tanya macam tu?" soal saya.
"Yalah... semua dok panggil aku kakak. Yang muda-muda tu aku fahamlah... ni dah tua pun ada hati nak panggil orang macam tu. Ingat dia orang tu muda sangat agaknya."
Sebenarnya saya tak pelik pun dengan aduan kawan saya tu. sebabnya, saya sendiri pernah mengalaminya. Masa mula-mula dulu rasa geram jugaklah bila orang yang lebih tua daripada kita memanggil kita kakak. Rasa seolah-olah kita ni nampak macam tua sangat. Tapi bila difikir-fikir benda tu bukanlah masalah besar sangat pun. Tak jadi kudis langsung. Lagipun pada sesetengah orang panggilan kakak itu sekadar menunjukkan rasa hormat ataupun nak mewujudkan suasana mesra. Tapi janganlah pulak jadi macam kes di bawah ni. Yang ni memang kita boleh jadi hangin satu badan.
Suatu petang di sebuah kedai menjual majalah...
Saya : "Aci... tolong kira berapa harga semua ni."
Dengan menggunakan calculator, wanita separuh umur itu pun mengira harga kesemua majalah dan juga surat khabar. Kemudian memberitahu harganya.
Aci: "Semua majalah ni untuk cucu ke?" (Sambil matanya memandang Aisyah)
Saya: "Aci... saya ni nampak tua sangat ke? Ini anak sayalah." (Dengan mata yang sengaja dibuat besar).
Aci: "Ayoyo... sorry... sorry.. saya ingat awak punya cucu."
Kurang asam punya orang....

9 comments:

zara aluwi said...

Assalamualaikum Mimie,

Bila terbaca n3 Mimie teringat akak pada anak buah akak usia dlm 24 tahun. Dia bawa adik sepupunya (usia 1tahun lebih ghitu)bersiar-siar dg motor. Konon nak ngurat awek-awek dekat2 situ lah.

"Putihnyer anak abang tu... cute lah..." ghiteww ler awek tu cakap.

Apa lagi anak buah akak terus pulang rumah. Terbahak-bahak ketawa bila awek2 tu sangka dia dah ada anak. Menyesal...

Ya betul, ada apa pada panggilan. Ramai teman2 penulis muda2(malah sebaya umur anak akak) panggil akak ni... kakak. Ada juga rasa segannya sebab akak dah tua. Patut panggil mak cik. Tapi mereka tak mahu, kata mereka itu panggilan hormat.

Panjang pulak citer akak ni. Anak buah akak sendiri panggil akak nenek. Mentang-mentang rambut dah beruban. Padahal udah diberitahu.

Itu persepsi masing-masing berpandukan pada perwatakan kita pada masa itu.

Sarnia Yahya said...

Lawak betul akak ni...ada je cite yg kelako...sabo je le..Aci tu tak pakai spec ni kut? hehehe...

Queen Latifah said...

Salam, Mimie

Kelakarnya... buat akak tergelak pulak. Memang betul, ada orang suka anggap macam orang lain tu tua sangat. Tapi, seronok kan kalau budak sekolah rendah panggil kita akak? Budak sekolah menengah panggil akak pun dah baik dah... rasa muda semula.

UMAIRA DZUL WIDAD @ NAZ AREESYA AMEEN said...

hahaha...hilang selsema saya baca citer kak mimie ni. k.mimie pinjamkan aci tu spec. baru dia nampak kak mimie macam 'kakak' kepada aisyah.

MIMIE AFINIE said...

Waalaikumussalam kak zara,

Cerita kak zara ni pun kelakar jugak. Kesian anak sedara tu kan? Tak ada can nak ngorat aweks...

Tak pe panjang pun, seronok juga saya baca cerita kak zara ni...

MIMIE AFINIE said...

Sarnia,
Kelako memanglah kelako... tp sangat menyedihkan... huhuhu. Tak patut betul aci tu...

MIMIE AFINIE said...

Salam kak aina,

Tu la, yang lebih tua panggil kita akak. Yang bebudak sekolah pun panggil macam tu jugak. Jadi sebenarnya kita ni nampak tua atau muda? Konfius betul...

MIMIE AFINIE said...

Wah! dah hilang selsema umaira ek? Sebenarnya aci tu memg dah pakai spec. Ke spec tak cukup power?

Unknown said...

Sbb dia rsa xaci kot dia jew nmpk tua..sbb tu dia kenakan smula ckp nk bg cucu kew...huhuhu