Friday, May 1, 2009

Apa yang mereka suka

"Kak mimie buatlah citer sedih pulak... citer sedihlah best. Macam Tinggallah Pujaanku tu"
"Kak mimie... buat macam novel Kalau Ada Jodoh tu... best sangat... kelakar giler."
"Kak Mimie... kita suka citer romantik, buatlah bab romantik lebih-lebih sikit."
"Kak Mimie tak teringin ke nak buat citer seram?"
Itulah antara permintaan/pertanyaan daripada pembaca-pembaca novel saya. Kalau ditanyakan saya sendiri, sebenarnya saya kurang gemar buat cerita sedih. Bila buat cerita sedih, saya rasa penat dan tension. Mau tak tension, masa menaip lagi saya dah menangis. Baca balik apa yang ditaip, saya menangis lagi. Tapi dalam tak gemar pun, setiap novel saya ada aje part sedih, tapi tak banyaklah. Hanya dalam Tinggallah Pujaan yang agak lebih sikit sedihnya.
Bab romantik pun saya kurang gemar sebenarnya. Bukan apa, segan dengan saudara mara, ipar duai dan anak-anak kalau ada yang membaca. Tapi segan-segan pun, adalah juga saya masukkan dalam setiap novel saya.
Cerita seram memang saya takkan buat sama sekali. Sebabnya saya ni agak penakut orangnya. Membaca pun saya tak berani, ini pula nak membuatnya. Jauh panggang dari api.
Tapi bab kelakar memang saya suka. Sebab itulah dalam setiap novel saya, saya akan pastikan ada unsur-unsur kelakar ni. Mungkin sebab saya ni kelakar orangnya (Ya ke? heheh... Hanya mereka yang rapat aje yang tau...)
Sebetulnya agak sukar untuk memenuhi kehendak setiap pembaca. Maklumlah selera mereka berbeza. Apa-apa pun saya akan sentiasa cuba untuk menghasilkan karya yang dapat memuaskan hati pembaca. Kalau pun bukan semua... sekurang-kurangnya sebahagian dari mereka dapat menerima hasil kerja saya. Insya-Allah...

8 comments:

♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ said...

Pu3 rasa tak ada seorang pun penulis yang berjaya memenuhi setiap yang dipinta oleh pembaca yang punya selera berbagai. Apapun cara kak mimie menggarap idea tentu ada keistimewaan yang menanti dan pu3 selut kerana dalam tiap novel baru yang akak hasilkan ada aura penarik yang buat kita semua akan ingat akan icon itu. Macam Pian dan Alam... Good jobs kak...

MIMIE AFINIE said...

Betul kan pu3... lain padang lain belalang. Macam tu lah dengan selera pembaca. Kita tak boleh paksa orang untuk suka buku kita.

Apalah aura yg akak ada, pu3. Akak biasa2 je.Tp suka gak la bila ramai yang minat dgn Pyan dan Alam...

♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ said...

Pada pandangan pu3 berjayanya seorang penulis dalam garapan bila message yang nak disampaikan tu dapat dikesan oleh pembaca. Mereka boleh ingat sebahagian dari kisah atau watak yang ada dalam buku kita. Itu maknanya mereka tak sambil lewa. Macam buku akak, sampai hari ni pu3 boleh ingat tentang Pyan, boleh ceritakan kembali watak dia yang best. Begitu juga dengan Alam dan Huda. Kita hanya boleh memberi kak, yang menentukan diterima atau sebaliknya adalah pembaca. Pu3 setuju apa yang akak kata, kita tak boleh paksa mereka kan...

MIMIE AFINIE said...

Ya... akak bersetuju dgn pu3. Tp tulah, sampai sekarang akak tak pernah rasa diri ni bagus. Rasa masih banyak kelemahan dan kekurangan...

zara aluwi said...

Mimie,
Buat saja. Itu permintaan. Garapkan semua elemen agar selera pembaca dapat dipenuhi. Insya-Allah.

MIMIE AFINIE said...

Tu la kak zara... kita cuba sebaik mungkin untuk penuhi selera pembaca...

Sarnia Yahya said...

Salam kak mimie...
Cubalah buat komedi seram...mesti bestnya...

MIMIE AFINIE said...

Salam sarnia,
Ok gak kan idea tu... Menarik jugak...