Wednesday, September 9, 2009

Malang tidak berbau

Sebenarnya banyak benda yang nak diceritakan di sini tapi memandangkan masa yang agak mencemburui saya, maka biarlah lain kali saja saya bercerita. Untuk tidak membiarkan blog saya ini tidak berupdate, saya letakkan gambar kereta yang sedang terbakar ni. Sebenarnya kejadian ni berlaku di lebuhraya berdekatan Bukit Lanjan pagi tadi semasa saya dalam perjalanan ke EPF, Jalan Raja Laut. Kalau tak silap saya, pemandu kereta ini adalah seorang wanita. Tak boleh saya bayangkan kalau sayalah yang berada di tempat dia...

p/s - Gambar tak berapa terang. Maklumlah kereta tengah laju, tak sempat nak fokus betul-betul...

2 comments:

Sarnia Yahya said...

La ni byk sungguh kejadian kereta terbakar, ni yg buat sy takut. Cam ni tukar transport le... cdgan sy yg lebih selamat adalah basikal, ok x kak mimie?

MIMIE AFINIE said...

Bukan kata kereta lama je boleh terbakar. Macam yang akak tengok tu kereta baru lagi.

Betoi kata sarnia... susah2 sangat mari le kita pakat beli basikal.