Tuesday, February 9, 2010

Bukan tak sudi

Buat yang tak jemu bertanya. Tak kiralah di sini, di fb atau yang menghantar emel... inilah jawapannya. 'BUKAN TAK SUDI' akan menemui anda tak lama lagi. Sudi-sudilah menantikan kemunculannya...


Sinopsis:

Dia tidak pernah mencari. Malah tidak pernah terfikir pun untuk punya teman lelaki. Belum masanya. Lagipun dia tidak mahu terburu-buru. Maklumlah, bukan senang nak cari lelaki yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa. Tersilap pilih nanti... merana seumur hidup.

Tetapi, bila emak asyik mendesak dan Syariff pula datang merisik, nak tak nak, dia terpaksa memikirkan hal itu dengan serius. Risau juga kalau-kalau emak terima risikan lelaki itu. Emak pun satu hal juga. Macamlah tak ada lelaki lain... Si Sarip Dol tu juga yang dia nampak.

Al datang tepat pada waktunya dan di saat dia amat memerlukan. Al ni kira okeylah. Baik, bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Orangnya pun boleh tahan. Sedap mata memandang. Rasa-rasanya, daripada Si Syariff tu... lima kali lebih baik Al. Tetapi masalahnya... hatinya tidak ada pada lelaki itu.

Kalau bukan Al, siapa pula? Omar, rakan serumah merangkap rakan kongsi perniagaan merangkap kembar siam along tu? Hah! Minta simpang. Kalau Omar yang gatal lagi merenyam tu lah... jangan harap dia nak terima. Daripada berkahwin dengan lelaki itu... lebih baik dia jadi anak dara sampai ke tua. Dia sanggup. Bukanlah nak jual mahal sangat... tapi dia tak nak tanggung risiko.

Kalau bukan Syariff, Al atau Omar, siapa pula agaknya yang akan jadi pilihan hati Anis Zulaikha? Untuk mengetahui jawapannya, sama-samalah kita ikuti ‘BUKAN TAK SUDI’.

17 comments:

NIk Fauziah Nik Hussin said...

yeye kak mimie ada novel baru..haaa kena cari lepas nih!

♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ said...

Kak Mimie... bestnya BTS, promonya dah merantai hati untuk mendapatkan buku akak tu. Tak sabar ni kak... nanti akak jangan lupa sign tau... lagi cun kalau letak gambar kak sama.. hehehehe

ezannurhafiz said...

alahai kak mie...ade anak baru ek..memang dah lama dok tunggu ni..hehe...nampak gayanya tahun ni banyak la dapat hadiah novel(tak kira..nak mintak org belikan jgk)..hehe...Nway..tahniah kak mie..hopefully karya kak mie lagi mantap...

ezannurhafiz said...

ezan dah post kat FB ezan..hehe..

dS said...

Salam kak mimie sayang. Apa kbr? Dah lama tak jumpa kan, thn ni ntahlah! Hrp dpt lepak sama2 cam dulu2.. cehwah!
Tahniah kak utk BTS, tak sbr nk baca. Semoga karya ini meletop2 di pasaran.. Amin!

puteri_kebayan said...

congrat ya...

MIMIE AFINIE said...

nik... cari, jgn tak cari... heheh

MIMIE AFINIE said...

Bila pu3 cakap mcm tu akak jadi risau pulak. Takut tak mampu puaskan hati org...

Nak sign? No hal... tapi gambar tu payah sikit kot. Coz akak ni kan pemalu... heheh...

MIMIE AFINIE said...

Ezan... tima kasih banyak2. Wah bestnya dapt banyak hadiah novel. Harap2 ezan akan suka la novel akak tu.

MIMIE AFINIE said...

DS... tu la harap2 dapat la lepak2 mcm dulu2 lagi. Terima kasih atas ucapan tu... Mudah2an masin la mulut DS ya?

MIMIE AFINIE said...

Kebayan... tqvm

Mersik said...

Salamz Kak Mimie ,

Wahh.. tuu dia. Buku baru dah keluar. tahniah ya.. moga buku ini ramai yg sudi menerimanya dan ngetop gitu. Jumpa di pesta buku ya nnt.. Kali ni nk ngeteh2 la ngan akak.. hik hik

Sarnia Yahya said...

yang ditgg2 sudah tiba, tahniah kak...

MIMIE AFINIE said...

Mersik,
Tq... tq... mudah2an ramai yg sudi membacanya. Kita jumpa di pesta ya. Nak ngeteh2 eh? Akak ok je. Heheh...

MIMIE AFINIE said...

Tima kasih bnyak2 sarnia...

khairina said...

bila nk keluar?? x sabar nak baca.. mggu lps g cari xde lagi..huhu

MIMIE AFINIE said...

yurola,
Memang belum ada lagi. Insyaallah dalam minggu depan keluar.