Saturday, February 27, 2010

Bukan tak sudi


Sedikit petikan :

DARI tadi, muka Anis masam saja. Sakit hatinya dengan along. Dah tahu nak ajak dia keluar makan, kenapa mesti ajak kawan dia tu sekali? Kalau kawan lain, mungkin dia tak kisah. Tapi bukan Omar, kawan sehati sejiwa along, merangkap teman serumah, merangkap rakan kongsi perniagaan along tu. Tapi yalah, along mana ada kawan lain? Ke sana ke mari, asyik Omar yang diusungnya. Yang bengangnya, nak jumpa dia pun, along kena heret Omar tu juga. Geram betul. Kalau Omar tu jenis lelaki yang bersopan santun, berhemah dan berbudi pekerti tinggi, tentu dia pun tak kisah. Tetapi yang buat dia menyampah, Omar adalah spesies lelaki gatal dan miang. Dia katakan begitu, sebab setiap kali berjumpa, Omar akan merenung dia macam nak telan. Dan renungan dia tu memang lain macam sangat... seperti ada makna tertentu. Senyuman dia lagilah Anis tak boleh tahan. Gatal semacam.

“Makanlah, angah,” pelawa Fuad. Memandang adiknya yang hanya diam dari tadi.
Anis tidak jawab pun. Dia hanya memandang lauk-pauk yang terhidang atas meja.
“Kenapa ni, ngah? Malu ke?” tegur Fuad lagi.
“Taklah... mana ada?” jawab Anis perlahan.

Dah diajaknya kawan dia tu, lepas tu boleh pulak tanya macam tu. Macam mana nak makan kalau dah biji mata Si Omar tu macam nak terkeluar dari kelopak merenung muka dia? Nasi dengan lauk pauk yang sangat sedap itu pun nampak macam tak enak lagi. Langsung hilang seleranya. Sebenarnya bukanlah malu macam yang along tanya, tapi meluat. Sangat meluat. Rasa macam nak lastik aje biji mata si Arjun Rempah bin Kari yang konon kata Zura romantik sangat tu. Romantik konon... romantik taik kucing.

21 comments:

Sarnia Yahya@Sania Yasmin said...

Salam kak... baca petikan BTS, buat sy makin teruja lak, eii... tak sabo nak baca, huhuhu...

MIMIE AFINIE said...

Salam sarnia.... teruja ke? Akak pulak seram... huhuhu...

Cik.Cah said...

kak...
bestnyer;-)
see u @ pbakl nanti

MIMIE AFINIE said...

cik cah...
Insyaallah... kita jumpa kat sana...

♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ said...

Bukan tak sudi, cuma segan nak luahkan. Takut kena reject. Maklumlah, saya ni kan awak anggap macam Sarip Dol... ehheheheeh kak ampun.. pu3 merapu dengan tajuk novel akak yang best tu. Dah tak sabar nak pegang, tak sabar nak baca dan tak sabar nak hugs and laga pipi dengan penulisnya. Akak!!! Windu giloz ni...

exa_belle said...

salam kak,saya memang minat baca novel novel akak..boleh dikata kan menjadi koleksi peribadi saya.. Novel bukan tak sudi ni sudah berada di pasaran ke belum..teruja membaca sinopsisnya tak sabar nak baca..

MIMIE AFINIE said...

Tak pe put3... mmg banyak perkara yg boleh dirapukan dgn tajuk tu (boleh ke guna perkataan dirapukan tu?) Bantai aje la... heheh...

Tak sabo gak nak laga2 pipi dgn pu3. Jumpa kat sana ek?

MIMIE AFINIE said...

salam exa... terima kasih sudi minat novel2 akak ni. Terharu rasanya...
Bukan tak sudi dah pun berada di pasaran. jadi, sudi2kan la mendapatkannya... heheh...

azie said...

salam K mimie,

BTS memang best giler. Dalam satu hari dah boleh habiskan pembacaan. Next keluaran harap lagi mengancam. Arjun Rempah Bin Kari dan Sarip Dol samseng kampung dusun mmg sesuwai.

Hidup ganu kita @ senyum sokmo

MIMIE AFINIE said...

salam azie...
Ganu kita ke ni? heheh... Terima kasih la sudi baca Bukan tak sudi. Sesuai kan sarip dol dan arjun rempah bin kari tu? heheh...
Insyaallah lain kali akak cuba buat yg lebih mengancam...

LaDolce vs CN said...

salam k.mimie,
hehehe, last saturday dh beli BTS kat bookfair...tp xleh nk dpat sign akak sbab kata promoter tu akak balik awal sbab sakit kepala..huhuu, xde rezeki...

so far kite da sume buku akak cuma Jika Ada Jodoh tu xde, n nk beli ari tu katanya first day lg stok da abes,uwaaaaaa..

neway, xsabar nk bace BTS...:-)

MIMIE AFINIE said...

salam dolce (boleh ke panggil cam tu?

Memg akak kurang sihat sikit hari tu... kena balik awal. X de rezeki kita nak jumpa kan? Insyaallah tahun depan kalau ada rezeki dan umur masih ada... kita jumpa. Akak nak ucap terima kasih sbb sudi beli novel2 akak. 'Kalau ada jodoh' mmg dah habis stok. Ramai juga yg cari buku tu... Insyaallah dlm proses cetakan semula...

haziqah :) said...

cerita nihh bst woo . bru abes bace td . hehe ;)

MIMIE AFINIE said...

salam haziqah... tima kasih banyak2...

MIMIE AFINIE said...
This comment has been removed by the author.
miss pumpkin (reen) said...
This comment has been removed by the author.
miss pumpkin (reen) said...

salam kak,
sy dah ade smer nvel akak..slain tinggallah pujaan, BTS ni sy rse plot cte plg bes...suuuukkee sgt. kalau dlu tggallah pujaan leh wat sy nangis2 beria-ria, BTS ni lehla wat sy gelakk besungguh2. apa2 pun, smer novel akak best amat.

akak cpat2 la wat nvell bru ek..kalau stress keje, buku ni lehh ilangkan tensen. thnx kak.

MIMIE AFINIE said...
This comment has been removed by the author.
MIMIE AFINIE said...

reen... terima kasih sangat sebab boleh terima novel2 akak. Terharu sesangat. Insyaallah lepas ni akak cuba buat yg lebih baik.

beep's said...

salam...
novel nie mmg best da bca da...mmg x rugi la bca n beli...bca jgn x bca, hehehe (",)

mashira_94 said...

saya suka novel ni. dlm byk2 novel yg saya baca, novel ni lah yg boleh buat saya tidak kering gusi.