Sesudah empat tahun, pada 12/03/10 (Jumaat) baru-baru ini, saya bersama-sama Kak Aina Emir dengan ditemani dua orang kuat KarnaDya kembali lagi ke Berjaya Megamall bagi menghadiri bookfest anjuran Popular Kuantan. Selama dua jam kami beramah mesra dengan pembaca-pembaca yang kebanyakannya datang dari sekitar Kuantan dan juga Kemaman. Dalam tempoh tu juga, kami asyik gelak saja. Semuanya gara-gara MC pada petang itu, Encik Johari yang pandai buat kelakar. Walaupun tak ramai sangat yang datang (memang kami dah jangka memandangkan hari Jumaat adalah hari bekerja), tapi kami tetap rasa seronok. Insyaallah kalau dijemput lain kali, saya takkan tolak.
Usai sesi di Berjaya Megamall, Kak Aina menghalakan keretanya ke Pantai Teluk Cempedak. Tempat favorite Kak Aina dan saya juga. Sempatlah kami makan-makan kat sana dan menikmati angin yang pada mulanya saya ingatkan sepoi-sepoi bahasa tapi tak... anginnya agak kuat petang itu.
Petang itu juga kami bertolak balik ke Kuala Lumpur. Kesimpulannya, walaupun hanya sebentar berada di Kuantan, saya tetap rasa seronok. Panjang umur dan kalau dizinkanNya, ingin rasanya ke sana lagi. Insyaallah...
Petang itu juga kami bertolak balik ke Kuala Lumpur. Kesimpulannya, walaupun hanya sebentar berada di Kuantan, saya tetap rasa seronok. Panjang umur dan kalau dizinkanNya, ingin rasanya ke sana lagi. Insyaallah...



5 comments:
salam kak, bestnya. Dah lama tak gi sana, last sekali thn 1990, hehehe, dah 20 thn, ya Allah lamanya...
Betul sarnia... Kuantan mmg best. Ooo... dah lama dah. Elok la gi sekarang. Dah berubah benar dah kuantan sekarang...
ala....
dugi nye ta dapat blik kuantan aritu....
kalau xmsti da dpt nvel bts tu...
ezwani tinggal kat mana tu? x pe lain kali boleh dapatkan...
徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社
Post a Comment