Thursday, March 15, 2012

cerita kahwin


Biasalah... bila cuti sekolah aje, mesti ada orang kahwin. Bila orang kahwin aje... mesti masa cuti sekolah. Tapi sekarang dah tak macam dulu lagi. Bukan musim cuti sekolah pun, ramai aje yang berkahwin.

Bila sebut pasal kahwin ni, teringat masa zaman muda remaja saya dulu. Bila berkumpul dengan kawan-kawan, kahwinlah yang selalu jadi topik pilihan. Bukan main lagi masa tu. Seronok sebenarnya berbincang dan berangan pasal tu. Berebut-rebut semua orang nak bercerita pasal suami idaman masing-masing. Ada yang nak bakal suami macam Jamal Abdillah (masa tu Jamal tengah top), ada yang nak macam Syed Sobree. Ada kawan tu pulak nak kahwin dengan jutawan. Pendek kata, semua nak yang handsome dan yang hebat-hebat saja.

Bila tiba tang saya, semua pakat gelak. Saya cakap... saya nak suami saya nanti orang Kuala Lumpur. Kalau tak pun, suami yang ada dusun buah-buahan. Itu yang dia orang gelak sakan tu. Konon saya punya keinginan entah apa-apa. Macamlah hebat sangat kalau dapat kahwin dengan orang KL. Memang masa remaja dulu, bila dengar orang tu datang dari KL aje, saya rasa macam dia tu hebat sangat. Kagum sangat kat orang tu. Entah apa yang hebat sangat pun tak taulah...

Walaupun jodoh saya bukan dengan orang Kuala Lumpur tapi saya berkahwin dengan orang yang ada dusun buah-buahan. Bukan dusun dia pun... dusun ayah dia. Hehehe. Kira tercapai jugalah hasrat saya, kan? Setiap kali tiba musim buah-buahan, puaslah dapat makan durian, rambutan, langsat dan sebagainya. Tapi kawan-kawan saya tadi, tak ada sorang pun yang berjaya mendapat apa yang diidamkan. Itu la, siapa suruh berangan yang bukan-bukan...

Itu ajelah yang nak dikongsi kali ini. Tak ada apa pun sebenarnya. Saja nak mengimbau cerita lama... :)

6 comments:

Aina Emir said...

Salam

Weh kelakarlah pulak. Tapi memang betul, kan? Kalau nak berangan pun, biarlah yang mudah tercapai, kan?

MIMIE AFINIE said...

Salam kak aina,

Masa muda2 dulu memang suka berangan yang bukan-bukan. Seronok sbenarnya berangan ni... hehehe...

Nurmaisarah Azmi said...
This comment has been removed by the author.
Nurmaisarah Azmi said...

kalau macam tu nak berangan orang biase2 aje la.. hehe..
tak payah berangan dengan org2 femes sangat nie, mmg tak dapat..

MIMIE AFINIE said...

sarah... boleh aje nak berangan tapi agak-agak la. Kalau berangankan hero2 korea tu memang payah la nak dapat... betul tak?

Nurmaisarah Azmi said...

hehe.. macam taw2 je..=)