Wednesday, June 20, 2012

kalau hendak seribu daya...


Bila saya tulis entry bertajuk 'lupakan dia', adalah seorang hamba Allah ni emel saya. Dia berterus terang yang dia  tak bersetuju dengan pendapat saya. Kata dia, ingat senang ke nak lupa? Orang tak rasa, tak alami... memang boleh kata apa saja, boleh tulis macam-macam. Tapi bagi dia dan orang-orang yang mempunyai nasib yang sama, ianya bukan sesuatu yang muidah. Bukan senang nak buang rasa sayang. Bukan senang untuk melupakan semua kenangan bersama dia. Begitulah kata wanita yang saya rasa mungkin baru atau pernah putus cinta .

Jawapan saya mudah sahaja. Ikut hati mati... ikut rasa binasa. Saya bagi contoh yang paling baik untuk dicontohi. 

Umurnya masih muda, baru 22 tahun (Y). Sejak di tingkatan satu lagi dia dah kenal seorang budak perempuan ni (K). Dalam duk berkawan, mereka akhirnya bercinta. Sejak berumur 13, sampailah sekarang Y tak pernah 'kenal' perempuan lain.  Kebetulan mak bapak Y yang pada mulanya tak bersetuju memandangkan usia mereka yang masih terlalu muda, akhirnya memberi restu. Itu pun setelah Y menamatkan persekolahannya. Malah telah bersetuju untuk menyatukan keduanya secepat mungkin memandangkan hubungan keduanya yang terlalu rapat. Sebagai orang tua, tentulah mereka risau dengan keakraban tersebut. Jadi, sebelum berlaku hal yang tidak diingini, baiklah disatukan saja.

Tak ada angin, tak ada ribut, tup-tup K minta putuskan hubungan. Kononnya dia dah jumpa lelaki yang betul-betul sesuai dengan dia. Katanya lagi,  selama ini, dia tak pernah ada hati pun dengan Y. Dia tak pernah anggap Y lebih dari seorang kawan. Kejam kan? Bayangkan perasaan Y masa tu. Tentulah sedih sangat-sangat. Dalam duk kawal, menitis juga air matanya. Bayangkan, sembilan tahun... bukan sembilan hari. Ingat senang ke?

Tapi alhamdulillah, Y tidak terlalu ikutkan perasaan. Walaupun masih muda tetapi dia tahu mengendali hati. Memang dia sedih tetapi pada permulaan sahaja. Selepas itu dia banyak sibukkan diri dengan bermacam-macam aktiviti. Dia main futsal, pergi gym dan macam-macam lagi. Dia juga banyak 'mengadu' kepada Allah. Malah ibu bapanya juga banyak memainkan peranan. Memujuk dan memberi kata-kata semangat.

Baru tiga bulan dan Y sudah benar-benar dapat lupakan K. Jadi kesimpulannya, kalau hendak seribu daya... kalau tak hendak seribu dalih. Fikir-fikirkanlah...

* Kisah ini adalah sambungan dari N3 yang bertajuk 'sabarlah'

6 comments:

ashiqin said...

yup setuju kalau nak seribu daya kan ;)..

MIMIE AFINIE said...

kan nurul... semuanya bergantung pada diri kita... di mana ada usaha, di situlah ada kejayaan...

kak lia said...

Betul tu, memang orang yang rasa sahaja yang tahu betapa peritnya ditinggalkan... 9 tahun bersama, tiba-tiba dia dianggap sebagai kawan saja... Mujur juga keluarga ada disisi, dan pegangan agama dia kuat... Sudah tentu ada jalan penyelesaiannya. Allah Maha Mengetahui. Hanya padaNya lah tempat kita mengadu susah senang kita.

MIMIE AFINIE said...

Norlia... memang betul, apa2pun masalah... adalah lebih elok kalau kita mengadu kepadaNya. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita umatnya...

RoSseYbErDuRi said...

semoga Y semakin kuat dan dapat sesorang yang layak untuknya...aaminn

MIMIE AFINIE said...

Betul rosse... harap2 begitu la...