Friday, June 29, 2012

sekadar minat

Rajin pulak saya update blog akhir-akhir ni. Kalau  tak tu, sampai berbulan-bulan terbiar macam tu aje. Sampai naik bersawang. Jadi bila dah rajin sikit ni... rasa tersangatlah  kagum dengan diri sendiri. Hehehe...Kali ni saya nak bercerita tentang orang-orang yang saya minat dan pernah minat. Pernah minat tu tak bermakna sudah tidak berminat... masih minat lagi.

Semasa saya di sekolah rendah dulu, saya sangat meminati  Rafeah Buang, sampaikan banyak lagunya yang saya hafal. Bila kena buat persembahan kat sekolah, lagu Rafeah Buang lah yang saya nyanyi. Macam tu jugak bila main kawen-kawen dengan kawan-kawan. Saya sebagai orang yang menghiburkan 'pengantin' kononnya, akan bawak lagu penyanyi tu juga. 'Di padang yang hijau ku berlari-lari... Dalam nada riang aku bernyanyi-nyanyi'. Itu adalah dua baris lirik dari sebuah lagu yang saya dah lupa tajuknya. Tapi melodinya masih lagi segar dalam ingatan.

Semasa di sekolah menengah pula, saya sangat meminati Sudirman. Semua lagunya saya suka. Pelangi Petang, Seruling Bambu, Tak Perlu Diucapkan,  Hujan, Antara Hujan dan Air mata dan banyak lagi. Tapi paling saya suka mestilah lagu 'Cinta'. Setiap kali dengar lagu itu, hati rasa terbuai-buai dengan melodinya yang lembut dan mendayu-dayu.

Jangan tak tau... saya juga pernah minat Dahlan Zainuddin. Punyalah minat sampaikan saya pernah berangan nak kahwin dengan dia. Hahaha... Padahal masa tu orang tu dah beranak pinak pun, sedangkan saya masih bersekolah lagi.Tak sedar diri betul. Teruk saya kena ejek dengan kawan-kawan...
Inilah dia Dahlan Zainuddin... hehehe...
Selain Sudirman dan Dahlan Zainuddin, saya juga meminati Alleycats dan A. Razak Ismail. Lagu A. Razak yang saya paling minat dulu adalah lagu yang antara liriknya berbunyi 'Bila ku dengar bunyi marakas, diiring pula petikan gitar', suara biola mendayu-dayu, mengiringi suaramu. Kalau tak silap lagu tu bertajuk 'Bintang Malam Ini'. Saya pernah jumpa A. Razak semasa ditemubual di Radio Selangor sekitar tahun 2005 dulu, di mana dia adalah  DJ di stesen radio berkenaan. Tapi macam biasalah, saya buat tak tahu aje walaupun teringin juga nak mengaku yang saya pernah minat dia. Malu... huhuhu...
A. Razak Ismail
Kemudiannya bila muncul Siti Nurhaliza... bertambah lagi seorang yang saya minat. Saya sukakan suaranya yang merdu bak buluh perindu tu. Sejak tiga tahun lepas, saya jatuh minat pula dengan si rambut kerinting, Hafiz. Bagi saya, walaupun masih muda, dia sangat berbakat. Hanya berbekalkan suaranya yang sungguh sedap itu, dia mampu memukau dan memikat hati-hati yang mendengar. Istimewanya Hafiz ni... suaranya semasa menyanyi live sama aje macam dalam album. Kadang-kadang lagi sedap masa menyanyi live.
Hafiz yang comel...
Tapi minat saya taklah melampau sangat. Hanya minat macam tu aje. Cuma dengar lagu-lagu dia orang. Tengok dia orang kat dalam tv. Kalau dia orang buat show kat mana-mana tak pernah pulak saya pergi. Agaknya kalau berselisih kat mana-mana pun, mungkin saya buat tak tahu aje. Seganlah...

* Keluar topik sekejap ya... 
(Tiba-tiba saya teringat pada seorang penulis. Masa tu saya ke Pesta Buku di PWTC (tahun 2002 kalau tak silap) dan  ke sebuah booth untuk membeli buku. Tiba-tiba seorang petugas di booth menunjukkan ke arah seseorang yang sedang duduk di salah satu meja di situ. Katanya, wanita tu adalah seorang penulis dan saya boleh mendapatkan tanda tangan dari penulis tersebut. Saya hanya tersenyum kepada penulis itu tanpa berbuat seperti yang petugas itu katakan.  Bukan tak nak pergi... tapi saya segan. Nak dijadikan cerita, dua tahun selepas itu, saya juga menjadi penulis dan berada di booth yang sama dengan penulis tersebut. Entah dia ingat muka saya masa tu... tak taulah pulak. Tapi saya andaikan dia tak ingat pun memandangkan dia tak pernah menyebut tentang hal itu).

2 comments:

Aina Emir said...

Salam Mimie

Hehe... nampaknya taste kita ni ada jugak persamaannya. Kak Aina suka Ally Cats dan suka juga Sudirman. Sekarang ni suka Hafiz. Suara dia kelas! Pasal Dahlan Zainudin tu... huhu... dulu masa Kak Aina anak dara, pernah jalan kat Bangsar, terserempak dengan DZ... dia boleh usik Kak Aina... hehe... gatal betul dia tu! Masa tu dia dah kahwin pun... cerita lama lah ni... tapi Kak Aina tak adalah minat kat dia tu... huhu Mimie...

MIMIE AFINIE said...

A'ah la kak aina, walaupun tak sama seratus peratus tp kira taste kita ni lebih kurang la kan? Tapi pasal DZ tu, tak tau la kenapa saya boleh minat sangat kat dia dulu. Padahal masa tu dia dah banyak umur juga kan? Mungkin muka dia tu macam ala2 kebapaan sikit kot... hehehe...