SINOPSIS :
Tak handsome pun tak apa… janji baik hati dan kuat pegangan agama. Kalau dapat ustaz lagi bagus. Dia banyak kelemahan. Dia serba-serbi kekurangan. Dia perlukan orang macam tu untuk membimbing dan memimpinnya ke jalan yang diredai.
Pertemuan pertama kali dengan Azlan mengundang sengketa antara mereka. Azah memang menyampah dengan lelaki perasan bagus tu. Cakap berdegar-degar tapi habuk pun tak ada. Hidup hanya tahu menyusahkan orang. Dengan ayah, dengan mak long bolehlah Azlan nak masuk jarum tapi bukan dengan dia ya.
“Saya berani potong jari… takkan ada ustaz yang nak awak. Usah kata ustaz, lelaki lain pun tak nak perempuan perangai entah apa-apa dan brutal macam awak tu. Entah-entah lawyer yang mak long awak carikan tu pun tak sudi bila jumpa awak nanti.”
Dalam tak sedar, perempuan yang entah apa-apa itulah yang telah berjaya mencuri hatinya. Perempuan brutal itu jugalah yang dia mahukan. Tapi mana dia nak sangka, ada juga lelaki yang ‘pandang’ Azah… nakkan Azah. Bukan calang-calang orang pulak tu. El ada pakej lengkap. El menepati ciri-ciri yang Azah cari selama ini. Siapalah dia jika mahu dibandingkan dengan lelaki itu? Perbezaan antara mereka sangat jauh. Macam langit dan bumi.
TOLONG INGATKAN AKU mengajak anda untuk sama-sama ketawa, senyum, marah, merajuk dan menangis bersama Azah, Azlan, El dan yang lain-lain. Selamat membaca dan menghayati.
11 comments:
menariknya sinopsis.. buat saya rasa xsabaq ni nak baca.. tahniah atas kelahiran novel ini:)
srikandi utara...
terima kasih banyak2. Tunggukan kemunculannya...
yippi..suke3..sy pasti akan dptkan! hrp2 sebest macam novel yg plg sy sayang..pian & ma - kalau ada jodoh :))
yuyun... x tau la best ke tak... tp harap2 yuyun dan lain2 pembaca akan suka TIA jugak...
dah bace.....ok tapi agak kurang memuaskan....
macam novel dulu,bukan x sudi,kalau dah suka, kalau ada jodoh dan tinggallah pujaan sangat membanggakan saya dll...
tapi novel ini saya hanya ketawa sedikit sahaja dan tidak menangis...
teknik penceritaanya biasa2 saja dan tiada aura 'MIMIE AFINIE' yang saya dapati.
tolonglah perbaiki di novel yang akan datang.
terima kasih...
pendapat dan saranan...
maaf jikalau terkasar bahasa..
Salam Ain...
Terima kasih kerana sudi baca novel-novel saya. Terima kasih juga atas komen yang diberi. Masing2 punya pendapat sendiri dan saya hargai komen ain...
Sebenarnya 'Tolong Ingatkan Aku' memang berbeza dari novel-novel saya sebelum ni. Ianya berkisar tentang orang2 yg mahu berubah. Banyak unsur pengajaran yg saya cuba terapkan. Kalau pembaca perasan, babak2 romantik hampir tiada langsung. Tapi cara penulisan saya tetap santai seperti sesebelum ini supaya tak nampak serius sangat.
Lagi sekali, terima kasih untuk komen ain. InsyaAllah mana yang saya boleh perbaiki, akan saya perbaiki untuk karya2 yang akan datang :)
saya akan cari nanti.baru lepas habis baca bila dah suka.saya suka..hehheh..tahniah.
Izan,
Cari jangan tak cari... hehehe... mudah2an izan akan suka dengan novel ni. Btw, terima kasih kerana suka 'bila dah suka'...
salam..tetiba nak nyebok jugak tinggal komen..my mum memang peminat novel akak..nak pulak citer maafkan ku sayang..kisah antara abang is dgn sarah nadia mmg buat dia gelak guling2..tapi yg baru ni tak cari lagi sbb tak tahu mn 1 plg latest..tp yg saye bc sume layan jew..huhuhu
http://www.blogger.com/comment.g?blogID=2238392859092801232&postID=3895090643073695065
Cik Quryatul Aini,
Terima kasih sudi baca novel saya. Terima kasih juga buat your mum. Kirim salam kat dia ya... :)
Sama2..saya dah try kumpul novel akak, yg latest sy ada aku dia dan bintang..hehe..insyaAllah saya sampaikan salam tu..baru perasan mesej akak reply ni.bila la nk dijadikan drama kan?
Post a Comment