Sejak akhir-akhir ni macam dah jadi trend pula, novel diadaptasikan ke drama atau filem. Lalu ada yang bertanyakan saya... tak berminat ke? Dah tentulah... tapi masalahnya ada ke penerbit drama/filem yang berminat dengan novel saya? Huhuhu... Lagi satu... boleh ke saya buat skrip?
"Boleh aje. Tak susah pun buat skrip. Lagi senang dari buat novel," kata penulis terkenal, Ahadiat Akashah semasa saya bertemunya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini. Dalam pertemuan itu, beliau sempat menurunkan ilmunya kepada saya. Ilmu buat skrip.
Terima kasih banyak-banyak Ahadiat kerana sudi mengajar saya dan sudi pula berkongsi cerita dan pengalaman yang dilalui selama menjadi penulis. Menghasilkan hampir seratus novel serta puluhan (atau ratusan) skrip drama dan filem, saya sangat-sangat kagum dengan beliau. Saya tahu saya tak mampu jadi seperti beliau...
Bersama rakan penulis, Aina Emir & Ahadiat Akashah.
10 comments:
InsyaAllah boleh dengan sedikit usaha dan tawakkal..
insya-Allah, terujanyaa! lagi2 kalau nak adaptasikan 'kalau ada jodoh' :D
Terima kasih maisarah... InsyaAllah...
Cely... ramai yg nak tengok Kalau ada jodoh jadi filem atau drama...
peminat pyan la tu... hehehe...
ha'ahhh! saya suka gila ke-sempoi-an pyan! :3 hehe
yezza..samala ezan kak...sanagt nak tgk watak Pyan yang gila muzik lma n vespa dan Alam yang gila komik...
cely... kan betul... hehe...
ezan... doa2kan la... manalah tau jadi kenyataan... :)
Saya suka semua novel2 kak mimie..! tak tau nak pilih yg mana satu yg patut jadikan drama..
Terima kasih banyak2 Norlia... tapi ramai benar yang sukakan kalo ada jodoh dijadikan drama...
Post a Comment