Sempena Hari Guru yang disambut semalam... saya mahu bercerita tentang seorang
guru yang pernah mengajar saya. Masa tu saya
bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Dia yang saya maksudkan adalah Cikgu Wan Long, iaitu guru
kelas saya semasa saya dalam darjah satu (sudah berpuluh-puluh tahun
dahulu). Dia merupakan seorang guru yang sangat baik, lemah lembut, tak pernah
marah dan selalu tersenyum. Memandangkan
saya 'tak ada' ayah, jadi saya selalu berangan... alangkah
bertuahnya saya kalaulah Cikgu Wan Long tu jadi ayah saya. Paling
saya ingat sampai sekarang... Cikgu Wan Long ni sangat suka memberikan
murid-muridnya gula-gula, tapi dengan syarat kena menyanyi terlebih dahulu.
Selalunya saya yang dapat kumpul paling banyak gula-gula memandangkan
saya yang paling pandai menyanyi (pada masa itu la).
Semasa saya berada dalam darjah empat, saya bertukar ke sekolah lain. Maka, 'terpisahlah' saya dengan Cikgu Wan Long yang sangat saya sayang. Memang saya sedih masa tu sebab saya tahu saya takkan jumpa lagi cikgu yang sama macam dia. Yang apabila saya berada dengan dia... seolah-olah saya berada dengan ayah saya.
Sehinggalah pada suatu hari saya terserempak dengan dia di sebuah pasaraya di Kuala Terengganu. Ketika itu saya sudah pun berumahtangga dan mempunyai dua orang anak. Dia yang menegur saya terlebih dahulu. Siap sebut nama penuh saya lagi. Padahal sudah terlalu lama kami tak bertemu. Bayangkan, kali terakhir saya jumpa dia adalah sewaktu saya masih seorang kanak-kanak yang berumur 10 tahun... tapi dia masih boleh ingat rupa saya yang dah tentu jauh berbeza dari dulu. Itu yang buat saya rasa terharu dan kagum sungguh-sungguh.
Itulah kali terakhir saya jumpa Cikgu Wan Long. Selepas itu saya tak pernah jumpa dia lagi. Tapi, walau di mana pun dia sekarang, apa pun yang sedang dia lakukan... mudah-mudahan dia sentiasa berada di dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t. Amin...

4 comments:
ermm, seronok baca cerita aunty. Best juga dapat cikgu macam 'Cikgu Wan Long' :-)
Tak tau la masih ada lagi ke tidak cikgu wan long tu... apa2 pun dia memang terbaiklah... :)
Post a Comment