Sepatutnya dari minggu lepas lagi saya nak postkan n3 ni tapi streamyx buat hal pulak. Tiga empat hari jugaklah. Bila streamyx dah ok, saya pulak sibuk dengan hal lain.
Apa yang saya boleh kata, pesta buku di Singapura tempoh hari sungguh menyeronokkan. Ternyata telahan saya dan Kak Aina Emir yang kami berdua bakal bersembang sesama sendiri sebab tak ada orang yang akan datang, betul-betul meleset. Tak sangka ramai juga pembaca di Singapura yang membaca novel kami dan sudi pula ke pesta tersebut semata-mata untuk bertemu kami. Hmm... terharu rasanya.
Buat sekian kalinya saya bertemu Mamajambu lagi (terima kasih mama untuk roti jala dan kari daging yang sangat sedap tu). Saya juga berkesempatan bertemu Alyze buat kali kedua, Maimun (adik mama jambu), Datin Ella, Sitti Faizah, Salmah dan ramai lagi. Di samping itu saya juga berpeluang bertemu dengan dua orang penulis Singapura iaiatu Zaleha Isnin dan juga Ria Andrianna. Sempat jugalah kami berbual mesra dan bertukar-tukar fikiran. Paling penting, orang-orang Singapura semuanya baik-baik dan peramah belaka. Terima kasih orang Singapura dan terima kasih buat Warisan Media yang bertanggungjawab 'membawa' kami ke sana.
Ini adalah sebahagian dari foto-foto semasa di Singapura (ehsan daripada mama jambu).

4 comments:
gamba aunty dalam paper tu kite macam tau la kat mane.... :D
Lia... dah tau tu dok diam2 sudah lah... Buat macam tak tau... heheh
Tak dapat den nak poi ke Singapore tu... jaun na...
Anyhow, tahniah atas kejayaan anda dan Puan Aina Emir.
Salam Kak Zara,
Terima kasih... InsyaAllah mungkin akan datang turn Kak Zara pulak...
Post a Comment