Cepat betul masa berjalan. Sedar tak sedar, 2010 dah sebulan berlalu. Dalam tak sedar jugak dah genap sebulan rupanya saya tak update blog. Kononnya la... sebenarnya sedar aje. Cuma sejak streamyx jadi slow semacam akhir-akhir ni, saya dah kurang sikit melayan internet.
Kali ni saya nak bercerita tentang seorang kawan. Dia ni lebih muda dari saya. Sebelum ni kami memang rapat. Pernahlah beberapa kali dia ke rumah saya. Dia kenal suami saya dan anak-anak saya juga. Banyak kisah peribadi yang dia kongsi bersama saya. Setiap kali ada masalah, dia tanpa segan silu akan bercerita kepada saya. Selalunya masalah peribadi.
Satu hari dia datang jumpa saya, minta pinjam duit. Kata dia, kad dia bermasalah, mesin tak nak terima. Kata dia lagi, dia nak pinjam sekejap saja. Besok dia akan bayar balik. Saya ni tanpa ada rasa syak apa-apa terus aje bagi. Kebetulan jumlah yang dia nak pinjam tu bukanlah banyak sangat. Keesokanan harinya saya tunggu juga dia datang jumpa saya. Tapi sampai ke sudah tak ada. Jadi saya fikir, tentu dia lupa. Nak telefon rasa macam tak tergamak . Nanti nampak macam saya tak percayakan dia pulak. Jadi saya pun diamkan sajalah.
Beberapa hari kemudian, dia telefon saya untuk pinjam duit lagi. Alasannya kali ini, buku akaun dia hilang. Jadi, dia tak boleh nak keluarkan duit dari bank. Bila saya cadangkan supaya dia keluarkan duit pakai kad, dia beralasan kad yang bermasalah tempoh hari masih belum selesai lagi. Saya mula rasa tak sedap hati. Alasan yang dia bagi tu, tak logik sungguh. Setakat kad yang bermasalah tu, sekejap benar pihak bank boleh selesaikan. Dahlah duit yang dia pinjam hari itu pun masih belum bayar lagi. Tapi memikirkan dia adalah kawan baik saya dan tak mungkin tergamak menipu saya... saya bagi jugaklah. Macam hari itu jugak, jumlahnya taklah banyak mana pun. Kali ini dia berjanji akan bayar secepat mungkin, iaitu setelah masalah kad dapat diselesaikan.
Hari berganti minggu... minggu berganti bulan, duit yang dijanjikan akan dipulangkan secepat mungkin tu... langsung tak nampak bayang. Dengan dia-dia sekali senyap tanpa khabar berita. Teringin nak bertanya, tapi saya segan. Tapi bila saya fikir-fikir balik, saya rasa saya tak boleh diamkan perkara itu. Saya dah nampak dia cuba ambil kesempatan atas sikap berdiam diri saya. Lalu satu hari tu, saya memberanikan diri bertanya. Nak tahu apa dia jawap? "Okey... okey... hari ni jugak saya bayar." ;'Hari ini' yang dikatakan itu sudah lebih dua tahun berlalu tetapi saya masih belum menerima sesen pun daripada dia.
Sejak itu juga, dia tidak menghubungi saya lagi. Pernah beberapa kali saya terserempak dengan dia tetapi dia sekadar tersenyum pada saya. Saya juga begitu. Sekadar tersenyum atau ucap hai pada dia... sedangkan suatu waktu dahulu dia adalah orang yang sangat rapat dengan saya.
Pelik kan? Tapi itulah hakikatnya. Kerana hutang kita jadi hilang kawan. Sebenarnya sampai sekarang saya tidak ada jawapan, kenapa dia tergamak buat saya macam tu? Sebab sepanjang saya kenal dia dulu, dia bukan begitu orangnya. Ataupun dia memang begitu, tapi saya yang tidak tahu? Wallahuaklam...

4 comments:
Hai, Kak Mimie!
Hm.. saya jugak pernah mengalami situasi mcm ni. Bila kita iam, org tu pun ambil kesempatan padahal masa nak pinjam, mcm2 janji yang ditabur. Bengang kan ada kawan mcm ni? Takpe la, saya halalkan tapi jgn hrp la saya nak tolong dia lagi. Cukuplah beberapa kali terkena.
hai emi,
heran kan dgn kawan yg mcm ni? Akak pun mcm emi... dah halalkan apa yg dia dah ambik tu tp lain kali kena lebih hati2. Takut terkena lagi...
salam adlins... memng betul pesan ayah adlinz tu. Kerana wang, orang akan mudah gelap mata dan sanggup pula hilang sahabat...
Anyway... tq sbb bagi komen. Nanti akak singgah blog adlinz ya...
salam kak,
ayah sy penah tkena situasi mcm ni. bukan sikit, byk yg dia pinjam. 7 ribu. konon kata nak buat bisnes. kongsi. bisnes ape pun x nmpk? ayh pcaye sbb tu kawan baik. sampai skrg x byr satu sen pun lagi. kurang2 nye byr la ansuran pun xpe. kot 7 ringgit bole la nk dihalalkan.. huhu
Post a Comment