Thursday, February 26, 2009

Teruk kan?

Tiba-tiba seseorang menegur saya dengan suara yang sangat ceria. Ketika itu saya di food court, Jalan Duta. Kata wanita yang sedikit berusia daripada saya itu, dia sangat seronok bertemu saya sebab dah lama sangat kitorang tak bertemu. Saya pun seronok juga sebab saya pernah rapat dengan kakak tu. Dulu dia bekerja di Kementerian Kewangan. Apabila Kem. Kewangan berpindah ke Putrajaya, hubungan kami terus terputus. Pada pertemuan tu, sempatlah kami bertanya perihal diri dan keluarga masing-masing.

Tapi yang buat saya sakit hati kat diri sendiri masa tu, saya boleh lupa nama kakak tu. Puas saya cuba mengingat, tapi tak ingat2 jugak. Sepanjang perbualan kami, saya terpaksa membahasakan dia dengan panggilan akak aje. Habis nak wat camne? Nak bertanya, takut kakak tu kecik hati pulak. Yalah, sikit punya rapat tu... tapi boleh tak ingat nama dia. Memang melampau...

Masa nak berpisah, dia mintak nombor telefon saya. Saya pun mintak nombor dia jugak. Masa nak save nombor dia, saya jadi gelabah. Yalah nak save dengan nama apa? Masa ni ringan aje mulut nak tanya nama dia... tapi tak tergamak. Akhirnya saya belasah aje letak nama dia 'Zaiton.' Saya rasa macam sesuai aje nama Zaiton dengan kakak tu.

Seminggu selepas tu barulah saya ingat nama kakak tu. Itu pun sebab saya bertanyakan seorang kenalan yang secara kebetulan menelefon saya. Kenalan saya itu juga mengenali kakak tadi. Oh! ya, nak tau apa nama kakak tu? Namanya Zaharah. Ala... lebih kurang aje dengan nama Zaiton tu... heheheh

* Entri ni ditaip setelah menerima motivasi dari seseorang (Siapa lagi kalau bukan Nik yang tentunya seorang yang rajin mengupdate blog... heheh) Kalau tidak, mana bisa dia memberi motivasi? Betul nggak?



7 comments:

Salbie S said...

Mmg teruk
mmg kejam
mmg pelupa
mmg nak kenalah tu...hehehe
Nama kwn pn tak blh ingat.Hisy...hisy...itu namanya u r not muda lagi hehehehe

Nik Fauziah Nik Hussin said...

Salam kak..alamak! Malu eh..Bukan rajin sangat pong!!! Bila stat bz, nnti bersawang gak blog tuh..
Lupa ni biasalar la kak... nak masuk era antik yang berharga la katakan!!! Auwww...!

Buah Cintaku... said...

Kak Mimie... muaahhhh... sila ke blog pu3.

MIMIE AFINIE said...

Salbie... nak wat camne... hilang ingatan sekejap... hehehe...
Memang la tak muda lagi... tapi tak le tua sangat. Belum lagi separuh abad... heheheh...

MIMIE AFINIE said...

Salam nik... sesekali elok juga dengar motivasi ni, kan? Kalau tidak memang susah bebeno nak update blog.
Mengenai lupa ni... susah kita nak jangka kan? Kadang2 benda yang orang susah nak ingat,kita boleh ingat. Yg sepatutnya kita kena ingat, boleh pulak kita tak ingat...

MIMIE AFINIE said...

Pu3... ada apa kat blog tu? Ni mesti ada apa2...

Luckylia™ said...

kadang2 tlupe la name sebetul auntie mimie..