Wednesday, February 4, 2009

Tak masuk dek akal

Setiap pagi dalam perjalanan ke tempat kerja, saya suka dengar celoteh Faizal Ismail dan Fara Fauzana di Hot FM. Bila dia orang buat lawak, saya turut tergelak sama. Paling saya suka, panggilan hangitlah. Macam ia-ia aje cara dia orang berdua tu kenakan orang. Memang real lah...

Pagi tadi seperti biasa, saya dengar Hot FM lagi. Kebetulan topik yang dibincangkan agak menarik juga. 'Berpisah atau putus atas sebab-sebab yang tidak masuk dek akal.' Begitulah lebih kurang tajuknya. Jadi macam-macamlah cerita dari pendengar yang sudi berkongsi kisah masing-masing. Ada yang putus sebab bakal tunang tak de gigi. Ada pulak tu sebab perempuan tu rasa pak we dia handsome sangat. Paling tak masuk dek akal, ada isteri yang mengambil keputusan untuk bercerai hanya disebabkan tidak berpuas hati dengan cara suaminya menggunakan ubat gigi. Si suami gemar memicit ubat gigi dari atas, sedangkan si isteri lebih selesa memicit dari bawah. Hanya kerana kes tersebut, si isteri mengambil keputusan untuk bercerai. Memang tak masuk dek akal, kan?

Bila dengar topik tadi, saya jadi teringat pada kisah saya sendiri. Masa tu saya tengah menunggu keputusan SPM, manakala 'dia' pula sedang menjalani latihan di PULAPOL. Abang polis la ni... hehe... (Sebenarnya dia ni kawan abang saya). Nak dijadikan cerita, masa nak sambut hari raya, 'dia' kirim kad Selamat Hari Raya untuk saya. Bukan main berbunga-bunga lagi bahasa yang 'dia' tulis dalam kad tu. Tak cukup dengan itu, 'dia' turut kepilkan sekali gambar 'dia' yang lengkap beruniform. Siap dengan kata-kata romantis lagi kat belakang gambar tu.

Memanglah seronok dapat kad dan gambar dari pak we. Tapi yang tak seronoknya sampul tu tak bergam. Dahlah tak bergam, posmen tersilap hantar pulak ke rumah jiran. Apa lagi, dengan tak ada rasa bersalah langsung, jiran yang sebaya arwah mak tu pun buka dan bacalah kad tu. Siap tunjuk kat satu famili lagi. Dah puas baca dan nengok rupa pak we kita, barulah nak serah kad tu pada mak. Siap boleh usik-usik lagi tu. Kononnya mak akan dapat menantu polis.

Saya apa lagi... angin satu badanlah. Yang adik perempuan saya pulak sama naik mengejek. Konon-kononnya dia nak dapat abang ipar polis. Sakit hati punya pasal, saya gali satu lubang kat tepi rumah, lepas tu saya tanam gambar 'dia' kat dalam lubang tu. Biar padan muka 'dia'. Sapa suruh gatal sangat hantar kad raya tak bergam? Dah tau nak tulis ayat jiwang-jiwang... gamlah sampul tu elok-elok.

Hari tu jugak saya kirim surat kat 'dia' minta putus. Saya tak beri alasan apa pun, cuma saya cakap saya dah tak boleh teruskan dengan 'dia'. Masa 'dia' balik bercuti, 'dia' ada jumpa saya. Sebenarnya bukan berjumpa tapi terjumpa. Masa tu saya kat stesen bas Kuala Terengganu, baru habis kelas menaip. Dia siap tanya lagi, apa salah dia? Tapi saya tak jawab pun. Saya terus naik bas, dan tinggalkan '
dia' sendirian kat situ. Dari atas bas saya nampak muka 'dia' yang sedih. Tapi masa tu saya tak rasa kesian langsung. Saya masih rasa geram bila teringatkan kad raya yang 'dia' kirim untuk saya. Kerana kad itulah saya kena ejek dengan semua orang.

Lepas itu ada juga 'dia' kirim surat walaupun saya tak pernah balas. Dia juga akan singgah ke rumah setiap kali balik bercuti (dia pun orang Kuala Terengganu). Tapi makin lama dia makin jarang datang. Surat juga dah tak diutuskan macam dulu. Mungkin dia pun dah malas nak melayan ego saya.
Kalau dulu saya tak pernah rasa bersalah, tapi bila dah agak lama baru saya sedar yang tindakan saya tu agak kejam. Yalah... hanya disebabkan sekeping kad ucapan hari raya dan sekeping gambar foto, saya boleh tinggalkan dia. Tak masuk dek akal, kan? Tapi itulah... mungkin sebab saya muda sangat kut masa tu. Jadi buat keputusan pun main ikut sedap rasa aje...

12 comments:

Luckylia™ said...

auntie, mmg dah bukan jodoh satu hal la kan, kad ngan gamba tu saje nak dijadikan sebab.. ape pon tuah 'abah' la dapat auntie ni.. ehehheee..



p/s:penah mintak putus sebab kawan sendiri mengaku ada barah otak dan tak bole idop lama.. kawan tu nak pakwe kite jadik pakwe dia.. buat kuat semangat katenye... huhuhuuuu..

Eita said...

heheheheh nk gelak jerrr citerrr..

alahai ingat lianyer citer lagi la nk gelak sampai sekarang org tu idup lagi... :)

kak wan gali balik tanah tu tgk ada tak gambar dia lagi.. heeee

MIMIE AFINIE said...

alahai sedihnya citer lia ni... betul2 sakit barah otak ke kawan lia tu? Fakta atau auta?

MIMIE AFINIE said...

eita... tu la, kena gali balik lah tanah tu. Rasanya dah jadi baja kot gambar tu... hehe

Luckylia™ said...

cite benar tu auntie.. dan mmg benar insan tu masih bernyawa dengan walafiatnye skrg ni..

dS said...

Kehkehkeh! Mcm baca nvl jer... kak mimie ni... kesian kat si dia tu, ntah2 membujang sampai sekarang tak?!

DS pun minat dgr HotFM esp segmen FBI n Fafau, sampai tersenyum sorg2 mcm org 3 suku plak!

MIMIE AFINIE said...

Lia... cop... nak ambik kisah lia tu untuk novel seterusnya... boleh kan? Tak boleh pun... kena boleh jugak...

MIMIE AFINIE said...

Dewi,
Kesian la jugak. Tapi jangan risau, dengar citer dia kahwin jugak... anak pun dah berderet.

Tu la... best kan FBI dan Fafau tu?

Buah Cintaku... said...

Salam kak mimie... cian kat "dia"... tanpa sempat buat wasiat dah kena kebumi... tapi betul kan... terkadang ada tindakan kita ni memang diluar kawalan akal... kira luar alam punya keputusanlah yang tiba-tiba datang macam puting beliung lebih-lebih lagi dalam situasi terdesak... heehhehehehhee Pu3 pun selalu gak buat sumthing yang terkadang luar alam punya tak masuk dek akal...

MIMIE AFINIE said...

pu3... kalau sudi sharelah apa dia yg tak masuk dek akal yg pu3 dah buat. Syok jugak kongsi pengalaman ni...

Buah Cintaku... said...

hai kak mimie... Erm...banyak yang pernah dan dah pu3 lakukan kak... Nak citer ke... isy! tak apalah... bukan tak nak share, tapi entah... pu3 tak tahu nak mulakan bagaimana... hehehehe

MIMIE AFINIE said...

ala pu3... jgn malu2. share je la...