"Hehehe... mesti baca kat blog kan?" balas saya.
Tapi memang betul pun, selama ni mana pernah saya tengok konsert? Sebab itu la kawan tu terkejut. Dia tau saya bukan jenis yang suka bersesak-sesak dengan orang ramai. (Kecuali PBAKL di PWTC. Sesesak mana pun, selagi saya diberikan kesihatan... Insya-Allah saya tetap akan hadir saban tahun demi pembacaku tersayang)
Tapi memandangkan konsert tu diadakan di DFP... tak perlu nak bersesak-sesak dengan ramai orang, itu yang saya jadi berminat nak pergi. Paling penting, konsert Hafiz... kalau penyanyi lain mungkin tak kut... (hehehe... nampak tak diskriminasi kat situ?)
Gara-gara
review saya tentang Konsert Hafiz tu juga, pageviews untuk blog saya hari ini mencanak naik. Wow! Nampak
kan betapa ramainya peminat Hafiz... melebihi peminat Mimie Afinie
sendiri... hehehe... Kalau macam tu, apa kata saya postkan entri
mengenai Hafiz saja lepas ni? Gerenti ramai yang menyinggah ke blog saya. Hahaha... ya la tu...
*Teringat gurauan suami sebelum saya ke konsert hari Isnin tu... "Bawa la dua tiga buah novel bagi kat Hafiz... asyik awak aje dengar lagu dia... sesekali bagi dia baca novel awak pulak. Baru la fair and square... hahaha... Tak ada maknanya Hafiz nak baca novel saya...
Dewan Filharmonik Petronas (DFP) - Gambar cilok dari Pakcik Google... :)
Menara Berkembar Petronas (Gambar diambil usai konsert...) |
No comments:
Post a Comment