Assalamualaikum & salam sejahtera,
Sedar tak sedar, bulan Jun sudah hampir berlalu. Jun, bulan yang sangat sibuk bagi saya. Jun 2013 juga mencipta banyak kenangan manis dalam hidup saya. Dan dalam bulan Jun juga saya ke Langkawi lagi sekali. Ini adalah kunjungan kali ke lima saya ke sana. Kali ini atas urusan kerja.Tapi pergi atas tujuan bekerja dengan melancong bersama famili, tentulah tidak sama.
Lalu saya teringatkan peristiwa hampir dua tahun lepas. Semasa melalui sebatang jalan di Langkawi, kereta yang dipandu suami tiba-tiba ditahan seorang polis. Suami dan saya yang tidak memakai tali pinggang keledar ketika itu sudah tidak sempat berbuat apa-apa.Tergamam.
"Encik datang dari mana?" tanya polis tersebut sambil meminta lesen memandu suami.
"Dari KL," jawab suami.
"Encik.... bukan di KL aje kena pakai tali pinggang keledar. Kat Langkawi pun sama aje, encik."
"Ya... saya tau," balas suami.
"Tak apa... kali ni saya maafkan encik. Lain kali jangan buat lagi tau."
Moral of the story : Sentiasalah memakai tali pinggang keledar walau di negeri mana pun anda berada :)
Apa-apa pun, Langkawi sentiasa di hati. Insya-Allah panjang umur, murah rezeki... saya akan ke sana lagi...
Apa-apa pun, Langkawi sentiasa di hati. Insya-Allah panjang umur, murah rezeki... saya akan ke sana lagi...
No comments:
Post a Comment