Sewaktu melalui ofis lama petang tadi, hati tiba-tiba teringat pada seorang teman. Dah lama sangat tak jumpa dia. Apa khabar agaknya dia sekarang? Dulu saya agak rapat juga dengan dia. Dia ni memang seorang yang peramah dan baik hati. Suka belanja kawan-kawan pulak tu. Berbanding dengan saya dan rakan2 lain yang satu Bahagian, dia agak berwang orangnya. Maklumlah selain bekerja, dia juga ada buat business. Walaupun sudah lama berkahwin, tapi kawan saya tu tak punya anak. Dia pernah beritahu saya, dia dan isteri dah puas berusaha dan berubat tapi belum ada rezeki.
Pada satu hari, saya bawak anak sulung saya ke ofis. Umur anak saya masa tu baru tiga tahun. Tak sangka pulak, dia boleh tersuka kat anak saya sampai minta untuk dijadikan anak angkat. Setiap hari dia pujuk saya, supaya bagi anak tu kat dia. Dia cakap, dia sanggup bagi apa saja kat saya. Saya yang duk ingatkan dia bergurau selamba menjawab. "Boleh, apa salahnya... tapi anak tu tinggal dengan saya. Tiap-tiap bulan awak bagilah duit belanja untuk dia. Harta awak yang banyak tu pulak cepat-cepatlah tukar atas nama anak saya."
Tak sangka, kata-kata saya tu buat dia berkecil hati. Beberapa hari dia tak tegur saya. Saya yang cuma berniat nak bergurau, terpaksalah meminta maaf.
Tak sangka, kata-kata saya tu buat dia berkecil hati. Beberapa hari dia tak tegur saya. Saya yang cuma berniat nak bergurau, terpaksalah meminta maaf.
Ada satu hari tu, dia dengan rupa yang ceria beritahu saya... dia dah nak dapat anak. Saya yang ingatkan isteri dia mengandung, segera ucapkan tahniah. Rupa-rupanya adik ipar dia yang sedang mengandungkan anak kembar berjanji untuk serahkan salah seorang dari kembar tersebut setelah lahir nanti. Bila dengar janji adik iparnya tu, dia dan isteri terus beli segala kelengkapan bayi. Bukan main teruja lagi mereka berdua... setiap malam duk bercerita tentang bayi yang bakal menyerikan rumah tangga mereka. Sampai masa adik iparnya bersalin... dia dan isteri terus ke hospital. Tak sabar-sabar nak jumpa dan ambil bayi yang telah dijanjikan buat mereka. Tapi malangnya, sampai masa adik iparnya tak nak serahkan bayi tersebut dengan alasan dia tak sanggup berpisah dengan anaknya.
Kata kawan saya ni, dia sangat sedih dengan kejadian itu. Dia tak sangka adik iparnya sanggup buat macam tu. Tapi sesedih mana pun dia... dia lebih kasihankan isterinya. Bayangkan setiap kali isterinya masuk ke bilik sebelah dan melihat barang-barang bayi yang penuh satu bilik, dia pasti akan menangis. Bila dengar cerita dia, saya turut rasa sedih. Boleh saya bayangkan macam mana perasaan mereka suami isteri.
Setelah berpindah tempat kerja, saya dah tak jumpa dia lagi. Saya pun tak tahu sama ada dia sudah berjaya mendapat anak/anak angkat atau masih lagi berdua dengan isterinya. Walau di mana pun dia sekarang, apa pun yang dia sedang buat... saya doakan yang baik-baik saja untuk dia. Semoga dia dan isterinya berbahagia selalu dan sentiasa berada dalam redha Allah. Amin...
2 comments:
sebelum dapat anak kita mungkin boleh cakap mcm tu. bila sekali dah dapat, dah jatuh sayang, susah. moga Allah beri dia rezeki yang terbaik lepas ni :) amin
Ya cely... mudah2an...
Post a Comment