Tuesday, April 7, 2009

Ayah...

Baru-baru ni ada seseorang bertanya saya. Dalam kesemua novel saya, mana satu yang paling terkesan di hati saya? Laju aje saya jawab... Tinggallah Pujaan. Walaupun ada yang kata mereka lebih menyukai Kalau Ada Jodoh, Maafkan ku sayang, Bisikan Rindu mahupun Masih ada Rindu tapi pada saya Tinggallah Pujaan sangat istimewa.

Nurain adalah gambaran saya semasa kecil. Seorang kanak-kanak nakal, degil, suka memberontak, suka melawan dan sering menyakat serta menyakiti adik-adik. Sebahagian besar kisah Nurain dalam TP (zaman kanak-kanak aje, ya) adalah kisah saya sendiri. Mak dan ayah berpisah sejak saya kecil dan sejak itu saya adik beradik tak pernah merasa kasih sayang seorang ayah. Memanglah ayah selalu datang menjenguk kami tetapi saya tak rasa apa-apa pun. Tak rasa sayang sebagaimana saya sayang emak, abang dan adik-adik saya. Kami juga tidak mesra dengan ayah. Pendek kata kami tak rasa dia ayah kami. Kami rasa dia macam orang lain aje. Tetapi satu yang saya rasa saya patut berterima kasih. Ayah tak pernah lupa memberi nafkah kepada kami anak-anaknya dan dia hanya berhenti menghulurkan wang perbelanjaan bulanan kepada saya setelah saya berkahwin.

Saya masih ingat semasa adik bongsu saya meninggal dunia. Ketika itu, arwah adik baru berusia 4 tahun. Ayah menangis sampai naik lencun tuala di tangan. Apa taknya, sampai ke akhir hayat adik, dia tidak mahu mengaku yang ayah itu adalah ayahnya. Malah, ayah dikatanya orang gila. Dia sering menganggap arwah atuk sebagai ayah kami. Kebetulan kami memanggil atuk dengan panggilan ayah. Walaupun waktu itu saya baru berusia 7 tahun tapi saya masih ingat kesemuanya. Saya juga masih ingat bagaimana saya ketawa bila melihat adik saya dimandikan, dikapan dan diletakkan di tengah-tengah rumah. Saya ingatkan ada majlis yang istimewa untuk adik. Maklumlah adik anak bongsu, jadi semua orang dalam rumah tu (emak, atuk, nenek, bapak/mak saudara) sayang dia. Bila sedar yang adik sudah 'tiada', barulah saya menangis. Sebenarnya banyak sangat kenangan hidup saya, baik suka mahupun duka. Semuanya masih kekal dalam ingatan saya.
Untuk ayah... saya tidak pernah lupa doakan dia. Semoga hidupnya sentiasa diberkati dan di dalam peliharaan Allah jua.


11 comments:

Nik Fauziah Nik Hussin said...

Salam kak.. terharunya baca N3 nih..
Susah nak cari lelaki skrg yang dengan rela hati bagi nafkah klu dah berpisah dgn isteri..
Semoga ayah kakak sentiasa dirahmati-Nya.

SARNIA said...

Salam kak mimie...
byk2 buku yg sy baca, buku inilah yg paling sy suka dan terkesan di hati sy. Dan yg plg sy suka, 'pokok selipar', hehehe...cute sgt

MIMIE AFINIE said...

InsyaAllah nik... akak pun harap macam tu...

MIMIE AFINIE said...

Ooo... kira sarnia ni sehati sejiwa dengan akaklah ya? Sebenarnya kisah tanam selipat itu benar2 wujud. Sempatlah 3 hari 3 malam slipar tu diam dalam tanah. Akhirnya terpaksalah digali semula apabila tak nampak tanda2 akak akan dapat slipar baru. Kesian kan>

Luckylia™ said...

ermmm.. i love my dad!!

MIMIE AFINIE said...

Lia,
Sudah semestinya...

ieLa @ chayuntx ! ! said...

salam akk ...
cdey nyew ...
ummr , kak , na tnye lh ..
saya dah anta bebrapa rumusan kt karnaDya ... yerla , kn ada yg mncari bakat2 baru ...
saya anta sin0psis dulu .
kat writer@karnadya.com.my
tp , ta de mklum blas ..
dah dkat 3 buln ..
kene anta seluruh cerite ke anta sin0psis jew ?
akk , p0st cument kat bl0g saya eyh !! lulubele.blogspot.com
p/s : suke n0vel akk !!

jana said...

novel ni memang buat saya menangis lepas tu saya pass novel ini kepada sepupu-sepupu saya nak test nangis ke tidak,lepas baca diorang telefon saya sedih woo cerita ini.kalau dah berjaya buat ramai orang menangis kira baguslah tu.tahniah

MIMIE AFINIE said...

Salam iela,
Saya dah komen kat blog adik ya...

MIMIE AFINIE said...

Salam jana,
Terima kasih utk komen tu. Memang Tinggallah Pujaan buat saya menangis. Sama ada semasa menaip, mahupun bila saya baca balik... Sebab tu tak gemar sangat buat cerita sedih... sakit dada asyik nangis je...

蔥爆牛肉Frank said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社