Wednesday, April 22, 2009

Pecah rumah

Dah dua hari tak masak, jadi hari ni saya ingat nak masaklah. Bukan apa, jemu jugak asyik makan kat luar aje. Sampai di rumah aje, Aisyah mengadu dia lapar. Laparnya pula dah tahap maksimum... maknanya dia kena makan dengan kadar yang segera. Jadi saya pun ajaklah budak-budak dan bapak budak makan di luar. Kalau nak tunggu saya masak, entah pukul berapa pulak Aisyah yang sedang lapar itu boleh makan. Tapi suami suruh saya aje pergi dengan anak-anak. Katanya, dia nak berehat di rumah. Dalam pukul 9.20 malam, saya dan anak-anak keluar dari rumah.

Selesai makan, kami terus balik. Lebih kurang dalam pukul 10.30, kami sampai di rumah. Dari dalam kereta lagi saya dah nampak suami tergesa-gesa berjalan ke pintu pagar. Hairan juga saya... nak ke mana pulak malam-malam macam ni? Rupa-rupanya dia nak pergi menjenguk jiran belakang yang rumahnya baru sahaja dipecah masuk. Kata suami, kejadian berlaku di antara pukul 8.00 hingga 9.30 malam, ketika jiran saya sekeluarga keluar makan. Semasa itulah, rumahnya kena pecah. Mengikut cerita suami lagi, orang/orang-orang yang melakukan kerja itu masuk melalui pagar dawai yang terlebih dahulu dipotong. Pastu mengumpil tingkap bilik serta memotong grill. Ada jugalah barang-barang yang diambil. Barang2 kemas isteri, kamera, tabung duit anak-anak dan apa lagi entah... Suami tak sempat nak bercerita panjang.

Kalau mengikut masa kejadiah, saya sekeluarga ada dalam rumah. Tapi macam mana kami tak boleh dengar? Itu yang saya hairankan sangat-sangat. Bukan jauh mana pun jarak rumah saya dengan jiran tu... hanya dalam beberapa meter saja.

Bila dah jadi macam ni, sayalah orang yang paling risau sekali. Malam ni dan malam-malam seterusnya pasti saya tak dapat tidur dengan lena. Apa-apapun saya berdoa agar keluarga saya akan sentiasa di dalam peliharaanNya juga. Amin.

11 comments:

SARNIA said...

Agaknya semasa kejadian tu akak bimbangkan Aisya yg terlalu lapar kut? Jadi tak kisah apa2 yg berlaku kat sekeliling. Selalunya macam tu, kan?

MIMIE AFINIE said...

Mungkin la kot Sarnia. Tingkap dapur akak pula semua ternganga masa tu. Akak pun ada ke dapur rasanya tapi tak dengar apa-apapun. Tu yang pelik...

alvas-87 said...

fuh.. mendebarkan.. lya baru hjt nak p umah mak.. tak jd la..takut.. hehehe... seram tuh.. mak kena berjaga2 la..

UMAIRA DZUL WIDAD said...

eii...jahatnya orang tu. sy dpt rasakan perasaan tuan umah yang kena pecah masuk tu, sebab umah saya pun pernah kena.org yg pecah msk umah sy tu lagi jahat...sekali 5-6 buah umah berderet termasuk umah sy dia sapu...dalam 1 hari je.Siang2 buta lak tu...memang terror dan jahat!!!

MIMIE AFINIE said...

Lia jgn nak mengada...jfn nak seram2. Kena mari jgk umah mak...

MIMIE AFINIE said...
This comment has been removed by the author.
MIMIE AFINIE said...

Tak sangka umaira pun ada pengalaman kena pecah rumah ni. Tu la kalau dulu, kejadian ni sering berlaku di awal pg tp sejak ada RT, tu yg dorang buat awal.

ZARA ALUWI said...

Assalamualaikum Mimie,

Lepas kejadian tu, kena berhati-hati. Mereka ini akan mengulanginya lagi.

Mereka ini sentiasa memasang mata. Mereka tahu bila kita ada dlm rumah dan waktu bila pula mereka patut beroperasi.

Bab pencuri masuk rumah ni, memang menyeramkan.

MIMIE AFINIE said...

Betul la kak zara, kena berhati-hati. Tapi tu la... dorang ni memang bijak mengatur strategi. Tahu je bila masa tuan rumah ada, masa bila pulak tuan rumah keluar. Kadang-kadang mereka buat dalam masa yang sekejap aje. Apa-apapun semoga sentiasa di dalam perlindunganNya....

alvas-87 said...

hehehe.. tetap seram.. lau org masuk umah mak kan3.. mybe org tu peminat mak la kot2 la.. hehe.. abis2 ye nak buku mak 3 biji.. hihihi.. tak takut ke..

MIMIE AFINIE said...

Eh! eh budak Alia ni... main2 pulak dia ya? Bukan main lagi... nak kena rotan ni..