Saturday, April 11, 2009

Terima kasih anak-anakku

Petang semalam saya geram dan marah sungguh. Sampai rasa macam nak menangis. Tapi sesampai di rumah, semua rasa marah dan geram itu hilang begitu sahaja. Macam mana tu? Ceritanya macam ni...

Rutin saya keluar dari ofis setiap hari adalah dalam pukul 6.25 - 6.30 petang. Hanya sesekali saya balik cepat sikit. Itu pun kalau suami ada mesyuarat atau melawat site. Tapi semalam atas kesilapan dan kecuaian atau boleh juga saya sebut sebagai kedegilan orang lain, saya terpaksa menunggu hingga hampir pukul 7.15 malam. Tak perlulah saya beritahu siapa dan apa yang menyebabkan kelewatan itu. Tetapi memang saya geram. Saya kesian kat suami yang terpaksa menunggu saya hampir satu jam dalam kereta. Itu pun nasib baik dia faham...

Dalam perjalanan balik ke rumah, anak-anak asyik menelefon. Sekejap Aisyah, sekejap Afiq... lepas tu Ameer pulak. Sibuk mereka bertanya, bila mak dan abah nak sampai? Saya cakaplah yang hari ni memang kitorang akan lambat sampai. Paling awal pun dalam pukul 9.00. Kami berhenti sekejap di Restoran Jejantas Sungai Buloh untuk menunaikan solat maghrib. Baru je selesai solat, Afiq menelefon lagi. Minta saya belikan lauk-pauk. Katanya, mak tak payah masaklah sebab dah lewat sangat. Dia pun dah masak nasi dan gorengkan ayam. Sempat saya minta dia hantarkan Aisyah ke pusat tuisyen walaupun dia agak keberatan. Siap bagi alasan lagi. Saya rasa sedikit pelik. Selalunya dialah yang paling mengambil berat dan memaksa adiknya yang memang 'rajin' tu ke kelas tuisyen, tetapi semalam mereka macam nak bersekongkol pula. Tapi saya tak endahkan permintaan itu memandangkan sudah beberapa kali Aisyah 'tuang' kelas. Lagipun UPSR dah tinggal tak berapa bulan aje lagi.

Sesampai di rumah, keluar aje dari kereta, saya dah rasa semacam. Kalau sebelum ni, kasut-kasut dan selipar dibiarkan berselerak di muka pintu tetapi semalam, semuanya di simpan dalam rak. Halaman rumah juga kemas. Saya tak rasa apa-apa lagi, terus aje bagi salam dan sebaik pintu dibuka Ameer dan Afiq terus menerpa. Seperti biasa menyalami dan mencium kedua-dua belah pipi kitorang. Sepatutnya lepas tu, mereka akan terus pergi buat hal masing-masing tapi tak, mereka tetap berdiri di situ, tersengih-sengih memandang saya dan suami.
"Apa hal pulak ni? Ni mesti ada apa-apa..." kata saya.
Makin lebar sengih budak dua orang tu.
Saya terus masuk ke dalam. Wah! bukan main kemas lagi rumah. Rajinnya... ni mesti Afiq punya kerja. Hanya dia yang boleh diharap dalam bab kemas mengemas ni. Tiba-tiba saya terpandang sesuatu atas meja makan. Terus saya ke sana.

"Kek apa ni?" Saya bertanya dan masa inilah saya terpandang perkataan '22nd anniversary mak & abah' di atas kek. Laa... saya lupa, rupa-rupanya hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan saya dan suami yang ke 22. Patutlah budak-budak bertiga tu beria-ia sangat. Memang saya benar-benar lupa. Suami pun begitu. Teruk kan kami? Heheh...

Terus saya dan suami ucap terima kasih pada Ameer dan Afiq. Kesian Aisyah... dia tak sempat 'menikmati' saat-saat ibu dan abahnya menerima kejutan ini. Kalaulah saya tahu, dah tentu saya izinkan dia tuang kelas tuisyen malam tadi. Dan malam tadi juga saya dan suami dilayan dengan begitu istimewa. Anak-anaklah yang menghidangkan makanan dan mereka jugalah yang menyendukkan untuk kami. Terharunya... bukan senang nak menerima layanan yang begitu dari anak-anak.

Untuk anak-anak mak/ibu (hanya Aisyah panggil saya ibu) dan abah, Ameer, Afiq dan Aisyah... berbanyak-banyak terima kasih mak dan abah ucapkan. Seperti mana korang semua sayang mak dan abah, begitu jugalah kami sayangkan korang semua.

Terima kasih juga untuk kek comel dan sedap ni


10 comments:

UMAIRA DZUL WIDAD said...

wah...bestnya!anak2 akak ni memang bagus...anyway congrat 4 the 22nd anniversary. semoga akak dan hubby akan terus berbahagia sampai akhir hayat. amin....

MIMIE AFINIE said...

Terima kasih umaira. Tu la kan... anak-anak pulak yang ingat. Nak harapkan kitorang langsung tak teringat sikitpun. Pasangan yg tak romantik gitu... hahaha

zakiah said...

Puan Mimie,

Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke -22...
Mudah-mudahan terus kekal selamanya..
Terharu saya membaca luahan ini...
mudaha-mudahan perkahwinan puan dan suami sentiasa diberkati..

salam ukhuwah

MIMIE AFINIE said...

Salam ukhuwah juga buat Zakiah. Terima kasih sudi mengunjungi blog saya. Terima juga utk ucapan tu...

Luckylia™ said...

lia tumpang geram ngan org yg wat auntie geram tu... kalo lia kat tempat auntie rasenye dah berbakul2 kata2 'tut' yg kua dari molot lia ni.. takpe la, kite report kat org yang berkenaan supaya perkara2 mcm tu dapat dielakkan dan tak berlaku lg ek.. anyway, heppi anniversary auntie n abah.. heheee..

MIMIE AFINIE said...

Tu la... bengang tahap gaban sampai rasa nak bunuh orang je. Nasib baik la masih sabo lagi...

Luckylia™ said...

hahaha!! statement berani2 ganas tuuu auntie...

MIMIE AFINIE said...

Bukan setakat statement je ganas tp orangnya mmg ganas. Nape tak caye ke?

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam kak..
waaa.. ampunnn sgat.. tak perasan entry nih.. sibuk ngan tarikh kojol (deadline) majalah.
Apapun hepi anniversary.. semoga jodoh akak kekal hingga hujung nyawa dan bersama di 'sana' nanti.
aminnn!

MIMIE AFINIE said...

salam nik,
Tak pe la nik... akak tak kisah pun. Apa2pun tima kasih atas ucapan tu. InsyaAllah... mudah2an begitulah hendaknya...