Wednesday, June 5, 2013

Konsert Hafiz di Dewan Filharmonik Petronas

Hafiz - When I was your man 
Hafiz - Ilham pujangga
(Sila klik di sini)

 Mimie Afinie buat review  konsert? Biar betul... buang tebiat apa?

Dah lama sebenarnya teringin nak pergi Dewan Filharmonik Petronas (DFP). Bukan apa,  nak tengok persembahan orkestra. Selalu dok dengar cerita anak aje . Bila dapat tahu Hafiz akan buat konsert kat situ, terus pakat dengan anak-anak. Semua setuju nak pergi, kecuali suami. Kata dia, kalau D'Lloyd, Noraniza Idris atau Ramlah Ram... baru dia nak ikut. (Biasa la...  suami berjiwa orang lama sikit... hehehe) Jual mahal la pulak. Tak nak pergi sudah... kata saya. Tapi nasib baik dia izinkan saya dan anak-anak pergi. Kalau tak silap dalam bulan Januari atau awal Februari kita orang dah beli tiket. Masa tu pun tiket dah tinggal sedikit.

Maka pada malam kelmarin (3 Jun 2013) buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki ke dewan muzik yang berprestij itu. Semuanya gara-gara Hafiz yang saya memang minat suaranya. Apa yang boleh saya rumuskan, saya sangat berpuas hati dengan persembahan Hafiz pada malam itu. Suaranya usah cakaplah... memang kelas. Saya menyukai kesemua lagu yang disampaikan... tapi kalau diminta buat pilihan, tentulah saya akan pilih "When I was your man" diikuti "Ilham pujangga", "She will be loved", "Matahariku", "Bahagiamu deritaku"...  senang cerita semua lagu la. Konsert sejam lebih  terasa sangat cepat berlalu. Sedar-sedar sudah sampai ke penghujung. Tak puas... kalau boleh nak dengar lagi...

Gambar-gambar  dicilok dari crankymusic.com 
 Dapat la satu teddy bear...
 Tak dapat bergambar dengan Hafiz... bergambar dengan poster jadi la...

Sekian, sampai jumpa lagi...

7 comments:

Unknown said...

wahh syok nya dapat pi konsert hafiz.... teringin nak gi tapi jauh lah pulak..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
MIMIE AFINIE said...

reen yaja...

Jauh kat mana tu reen? Akak sebelum ni tak pernah pergi mana2 konsert pun. Percubaan pertama tu... hehehe...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Jauh kak sya btugas kat lahad datu nak ke kl tengok konsert mmmmmmm teringat zaman di semenanjung senang pi konsert...

MIMIE AFINIE said...

mak ai reen... jauh tu Lahad Datu. Ingatkan kat semenanjung ni aje...

Tak apa... ada lagi tu lain kali... (ayat nak sedapkan hati) hehehe...

MIMIE AFINIE said...

mak ai reen... jauh tu Lahad Datu. Ingatkan kat semenanjung ni aje...

Tak apa... ada lagi tu lain kali... (ayat nak sedapkan hati) hehehe...