SEJAK maghrib tadi, Fira tidak nampak Danish langsung. Mungkin budak tu bersama mama atau nenek. Biarlah, malas nak ambil peduli. Yang penting, dia dapat bersenang-lenang atas sofa panjang sambil menonton televisyen.
“Nah! untuk tuan puteri.” Papa menghulurkan secawan kopi panas kepada Fira.
“Kopi ke, pa?” tanya Fira. Dia yang sedang berbaring,
cepat-cepat bangun.
“A’ah kopi. Dah lama kan papa tak buatkan kopi untuk anak dara
papa ni?”
Seraya menyambut pemberian papa, Fira senyum. Betul tu, dulu-dulu
papa sering buatkan kopi untuk dia. Untuk mama juga. Maklumlah kopi
buatan papa sangat sedap rasanya. Tak sama seperti yang mama ataupun bibik
buat. Tapi itu dulu sebelum adanya Danish dalam kehidupan mereka. Selepas itu,
dia dah jarang-jarang dapat merasa kopi hasil tangan papa lagi. Kalau nak
minum, bibik yang akan sediakan. Macam manalah dia tak marahkan Danish. Sejak
kehadiran si kecil tu, semuanya dah jadi lain. Semuanya dah tak sama macam dulu
lagi.
“Terima kasih, pa.”
“Sama-sama,” ujar papa lantas duduk di sebelah Fira.
“Magadascar 3.”
“Macam menarik aje. Papa nak tengoklah.”
“Sangat dialu-alukan.” Fira buat lawak. “Walaupun kartun tapi cerita dia bagus tau, pa. Gambar pun cantik. Papa mesti suka filem ni. Fira dah tengok dua kali. Yang ni kali ke tiga.” Fira pandang papa seraya menghulurkan senyuman. Seronoknya. Dah lama tak menonton sama-sama dengan papa macam ni. Dah lama tak bersembang lama-lama dengan papa macam dulu-dulu.
“Sangat dialu-alukan.” Fira buat lawak. “Walaupun kartun tapi cerita dia bagus tau, pa. Gambar pun cantik. Papa mesti suka filem ni. Fira dah tengok dua kali. Yang ni kali ke tiga.” Fira pandang papa seraya menghulurkan senyuman. Seronoknya. Dah lama tak menonton sama-sama dengan papa macam ni. Dah lama tak bersembang lama-lama dengan papa macam dulu-dulu.
“Kalau macam tu, papa
pun kena tengok tiga kali,” usik papa. Hampir serentak mereka ketawa.
Sambil mata tertala ke kaca televisyen, kopi panas dihirup
perlahan-lahan. Hmmm... sedapnya. Terpejam sebentar mata Fira, menikmati keenakan
kopi buatan papa.“Tak tidur la Fira malam ni.”
“Kenapa?”
“Minum kopi papa ni.” Fira ketawa. Cawan yang separuh
berisi diletak atas meja tepi.
“Kalau Fira tak tidur, papa pun sama jugaklah.”
“Boleh kita tengok movie
banyak-banyak malam ni kan, pa?”
Papa angguk seraya tersenyum. Dah lama dia tak tengok Fira
senyum dan ketawa macam tu. Terbit rasa bersalah dalam diri kerana sering
mengabaikan anak yang seorang ini.
“Mama mana, pa?” Fira pandang muka papa sebentar.
“Mama tidurkan adik.”
“Oh!”
“Kenapa tanya mama?”
Fira tak jawab. Dia hanya jongket bahu. Mungkin ini masa
yang sesuai untuk bagi tahu papa. Nanti bolehlah papa kasi tau mama pula. Tak
pun dia akan bagi tahu mama pada masa yang lain. Yalah nak tunggu kedua-duanya
ada sekali, bukan senang. Nanti mesti ada nenek sekali. Kalau boleh dia tak nak
nenek tahu dulu. Nenek tu kan lain macam sikit kalau dengan dia. Asyik-asyik
nak marah, asyik-asyik nak bangkang. Tak mustahil dalam kes Nazim ni pun, nenek
akan bangkang juga.
“Pa... Fira ada benda
nak bagi tau papa.”
“Fira nak bagi tau pasal apa tu?”
“Sebenarnya kan pa...” Hanya setakat itu yang mampu Fira
sebut. Rasa macam susah sangat nak habiskan ayat. Marah tu tak adalah rasanya,
tapi dia yakin papa pasti akan mengajukan bermacam-macam soalan. Yalah sebagai
anak perempuan tunggal, dah tentulah papa mahukan yang terbaik buat dia
termasuklah dalam soal memilih pasangan hidup.
“Sebenarnya apa, sayang?”
“Ala... macam mana nak cakap, eh?” Fira garu kening yang
tak gatal langsung. Hati mendadak jadi risau. Tapi papa kan pernah cakap yang
dia tak kisah siapa pun pilihan Fira.
“Selagi lelaki itu
jenis yang bertanggung jawab, dapat membimbing Fira dan mampu membahagiakan
anak papa, papa terima seadanya.” Itu kata papa suatu waktu dahulu. Jadi, buat
apa nak risau sangat, kan?
“Fira nak cakap apa sebenarnya ni?” Papa menyoal lembut.
“Papa.” Tangan papanya dipegang pula. “Fira dah ada...”
Lagi sekali ayatnya terhenti. Sambil pandang papa, dia tersengih-sengih.
Malulah pulak rasanya.
“Ada apa ni, sayang? Cepat bagi tau. Papa dah tak sabar nak
dengar ni.” Papa dah tergelak. Geli hati dengan tingkah laku Fira.
“Okey... macam ni, pa. Fira dah ada kawan...” Belum sempat dia
habiskan ayat, tiba-tiba mama menjerit dari tengah-tengah tangga.
“Abang... Danish.
Cepat naik bang.” Suara dan rupanya tampak cemas sungguh.
Papa tarik tangannya
dari pegangan Fira. Lantas berlari ke arah mama. “Kenapa dengan Danish, Ina?”
“Danish muntah-muntah. Badan dia pun panas sangat. Ina
risau sangat, bang,” ujar mama, lantas bersama-sama papa naik ke tingkat atas
semula.
Fira mengikuti
langkah kedua-dua ibu bapanya dengan bibir yang memuncung. Sakit betul hatinya.
Dah nyaris-nyaris dia nak beritahu papa tadi. Kalau tidak, dah selesai dah. Senang
dia nak bagi tahu Nazim. Ini kalau Nazim tanya, apa agaknya alasan yang dia nak
beri? Merajuk lagilah jawabnya buah hati pengarang jantung dia tu.
“Ni si kenit tu la punya pasal. Demam sikit pun nak kecoh.
Menyampah!”
MASA dapat panggilan dari
opah tengah hari itu, Affan sedang bersiap-siap nak keluar dari rumah. Sebetulnya
dia dah janji dengan Johan untuk keluar makan. Ikutkan dia malas pergi tapi Johan
yang beria-ia mengajak. Lagipun dah agak lama juga dia tidak keluar dengan
sahabat baiknya itu.
“Fan temankan opah hari ni ya?”
“Temankan ke mana?” soal Affan. Suara dah semacam. Muka
juga semacam. Bukanlah tak suka temankan opah tapi faham-faham sajalah opah tu.
Kalau nak ke mana-mana, pasti diajaknya Nadia
sekali. Tak sah kalau tak mengajak perempuan tu. Affan tahu, opah bukan
nak keluar sangat tapi sengaja nak beri peluang kepada Nadia agar dapat
berdua-duaan dengan dia. Buktinya, bila dah sampai di pusat membeli belah atau
lain-lain destinasi yang dituju, opah akan hilang secara tiba-tiba. Nak tak nak
terpaksalah dia berjalan berdua dengan Nadia. Ada sekali tu opah hilang kat
dalam Mid Valley. Bukan sekejap, hampir dua jam. Dahlah telefon pun opah tak
jawab. Masa tu dia betul-betul dah putus asa. Rasa macam nak tinggalkan saja opah
kat dalam tu. Biarkan opah balik sendiri. Tapi dek tak sampai hati dia gagahkan
juga mencari. Nadia tu pula macam tak kisahkan opah langsung. Dia boleh
bertenang lagi tu. Yang kelakarnya, bila dah jumpa, opah boleh bertanya pula.
“Kenapa Fan cari opah? Bukan opah sesat pun. Opah tengah pilih barang.” Adoi la
opah. Orang sihat pun boleh dapat sakit jantung kalau hari-hari opah buat macam
tu. Sejak itulah dia syak, opah memang berpakat dengan Nadia. Dan sejak itu
juga, dia lebih berhati-hati dengan setiap ajakan opah.
“Opah nak beli baju.”
“Baju apa lagi opah? Baru lagi opah beli baju hari tu.
Bukan sepasang... tiga pasang tau opah beli.”
“Bulan depan kan ada
majlis kahwin kat rumah Uncle Bad. Opah kenalah pakai baju baru.”
“Baju yang dah ada tu, takkan tak boleh pakai opah? Bukan
ada orang nak tanya pun.”
“Suka hati opahlah.” Opah dah macam nak marah. “Kejap lagi
Fan datang jemput opah tau? Kita pergi beli baju.”
“Minta maaflah opah, hari ni Fan tak boleh ikut. Fan dah
janji dengan kawan nak keluar dengan dia.”
“Fan kena keluar dengan opah jugak.”
“Lain kali la, opah. Hari ni memang tak boleh.”
“Opah kata hari ni, hari ini jugak.” Suara opah dah meninggi.
“Tak boleh, opah. Fan dah janji dengan kawan. Dia dah
tunggu Fan dah tu.”
“Fan lebih pentingkan orang lain dari opah.”
“Opah, janganlah cakap macam tu. Tak baik tau tuduh Fan.
Selalu tu Fan tak kisah pun ikut opah... tapi hari ni memang tak boleh.” Affan
dah faham benar dah perangai opah. Suka sangat berprasangka macam tu. Konon
orang tak suka dialah... tak layan dialah. Yang selalu duk ikut opah ke hulu ke
hilir tu, siapa? Dia juga, kan?
“Fan tak nak temankan opah, tak apa. Opah boleh aje ajak
orang lain. Bukan Fan sorang cucu opah.” Opah segera matikan talian. Merajuk la
tu!
“Suka hati opah la.” Affan jongket bahu. Tak payah pujuklah.
Esok lusa okeylah tu.
No comments:
Post a Comment